Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Cawangan Psikologi Kaunseling

Pengenalan

Unit Psikologi Kaunseling (UPsK) yang telah ditubuhkan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan & Putrajaya di bawah Bahagian Pengurusan.

Unit ini dinamakan Unit Psikologi Kaunseling adalah kerana dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling, kaunselor/Pegawai Psikologi menggunakan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi bagi membantu klien menangani konflik dan isu-isu berkaitan. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling perlu bagi menghasilkan perkhidmatan kaunseling yang efektif dan profesional. 

Fungsi

Fungsi Utama Unit Psikologi Kaunseling

  • Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan intervensi psikologi kaunseling, program pembangunan personel, penilaian psikologi dan kajian psikologi bagi memenuhi keperluan kesejahteraan emosi dan psikologi warga kerja JKWPKL&P.

  • Melaksanakan program-program pembangunan modal insan anjuran Unit Psikologi Kaunseling dan usahasama dengan Bahagian dan Unit lain dalam Jabatan bagi keperluan latihan dan memperkasakan modal insan dalam kalangan penjawat awam.

  • Menjalani sesi Klinik Psikologi Kaunseling / Intervensi ke atas klien/pesakit yang dirujuk / sukarela (walk in – bagi staff JKWPKL&P) bagi membantu penyelesaian isu & konflik yang dihadapi.

Prosedur Penerimaan Kes & Operasi Perkhidmatan Kaunseling

  • Klien yang dirujuk perlulah menggunakan borang rujukan seperti berikut:
    - Borang rujukan khidmat Kaunseling BKI/1/14 (Staff/Pesakit Luar)

  • Borang rujukan dan borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat Unit Psikologi Kaunseling dan laman web. Borang rujukan hendaklah ditandatangani oleh doktor / pegawai yang merujuk.

  • Hari Klinik Psikologi Kaunseling adalah pada hari Isnin – Jumaat

 

Hari

Masa

Isnin - Khamis

8:30 pagi - 4:30 petang

Jumaat

8:30 pagi - 12:30 tengahari / 

3:30 petang - 4:30 petang

 

Piagam Pelanggan

  • Sesi Intervensi Psikologi Kaunseling dijalankan dalam masa 30 minit hingga 60 minit
  • Norma perkhidmatan 30 minit = 1 sesi kaunseling.
  • Kerahsiaan adalah keutamaan sesi intervensi/kaunseling
  • Menyediakan dan memberikan perkhidmatan kaunseling secara profesional mengikut Piawaian Amalan Kaunseling,Bahagian Pengurusan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam.
  • Setiap rujukan baru dan pemohonan bagi perkhidmatan kaunseling dikalangan kakitangan / pesakit luar  akan diberi temujanji dalam tempoh tidak lebih 5 hari bekerja dari tarikh rujukan & pemohonan.

Kewajipan Pelanggan

  1. Setiap klien/pesakit yang tidak hadir untuk temujanji susulan berturut-turut selama 6 bulan dikehendaki mendapatkan surat rujukan baru.
  2. Pegawai Psikologi boleh mendapatkan maklumat tambahan tentang klien/pesakit dari keluarga terdekat apabila perlu.
  3. Klien/pelanggan perlu memaklumkan Pegawai Psikologi sekiranya tidak dapat hadir sesi temujanji susulan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh temujanji.
  4. Klien perlu datang 10 minit lebih awal daripada masa temujanji susulan  yang telah ditetapkan.

Lokasi

Pejabat di Aras 2, Blok B bersebelahan dengan Unit Sumber Manusia Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.

Image

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P)
Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur
Telefon : 03-22687333
Laman Web : jknkl[dot]moh[dot]gov[dot]my

PAPARAN TERBAIK

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini. 
Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

MOBILE WEB

Image
STATISTIK PELAWAT

Hari ini 564

Semalam 934

Minggu Ini 5,791

Bulan Ini 12,507

Keseluruhan 529,554