Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Informasi Bahagian Pergigian

Pengenalan

Bahagian Kesihatan Pergigian bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar dan perancangan program kesihatan pergigian melalui perkhidmatan penggalakan pencegahan, rawatan, pemulihan dan kolaboratif pelbagai agensi bagi membolehkan masyarakat mencapai kualiti hidup yang optimum.


Visi

Memastikan penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menikmati perkhidmatan dan kemudahan kesihatan yang terbaik di negara ini.


Misi


Untuk memberi perkhidmatan pergigian yang optima kepada individu, keluarga dan masyarakat melalui penggalakkan kesihatan yang positif dan perkhidmatan yang berkualiti dan berteknologi sesuai.
 

Dasar Kualiti Bahagian


Kami komited dalam memberi perkhidmatan pergigian yang professional dan berkualiti bagi memenuhi keperluan serta kepuasan pelanggan secara berterusan.

 

Piagam Pelanggan

Memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan dengan

  1. Pesakit luar dipanggil untuk rawatan oleh Pegawai Pergigian dalam tempoh 30 minit (sasaran 70%)

  2. Pesakit berpuas hati dengan perkhidmatan pergigian yang diberikan (sasaran 90%)

 

Kewajipan anggota Pergigian kepada Pelanggan.

Kami akan berusaha memastikan:

  1. Pelanggan akan dilayan dengan mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun dan ikhlas;

  2. Perkhidmatan pergigian yang diberi adalah bersesuaian, wajar, cekap dan profesional;

  3. Setiap pelanggan akan diberitahu jenis dan caj rawatan yang dikenakan;

  4. Setiap pelanggan akan diberi penjelasan mengenai aspek-aspek penting rawatan yang diberi dan penerangan mengenai pencegahan penyakit pergigian; dan

  5. maklumat pergigian dirahsiakan dan hanya diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinan tertakluk kepada undang-undang.

 

Pelanggan perlu:

  • Membawa dokumen seperti berikut:

  1. Kad pengenalan/sijil kelahiran/ pasport(bagi pesakit baru)

    • Surat majikan/Surat Pengesahan diri (bagi pesakit tanggungan majikan)

    • Kad temujanji

    • Lain-lain dokumen yang berkaitan (contoh-surat rujukan)

  • Memberi maklumat yang tepat dan lengkap semasa pendaftaran;

  • Memaklumkan masalah perubatan dan pergigian yang pernah dan sedang dihadapi;

  • Menepati temujanji dan memaklumkan kepada pihak klinik pergigian sekiranya gagal menepatinya;

  • Memberi kerjasama semasa rawatan dijalankan;

  • Menjaga kesihatan pergigian seperti yang telah dinasihatkan;

  • Menjelaskan bayaran sekiranya dikenakan dan dapatkan resit selepas pembayaran; dan

  • Memberi komen atau cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan sekiranya ada

 

Fungsi

Melaksanakan dasar dan perancangan program kesihatan pergigian melalui perkhidmatan penggalakan pencegahan, rawatan, pemulihan dan kolaboratif pelbagai agensi bagi membolehkan masyarakat.

Cawangan Dasar dan Pergigian Strategik Kesihatan Pergigian

  1. Mengurus tadbir hal-hal pengurusan, pentadbiran, perkhidmatan dan kewangan BKP JKWPKL&P

  2. Menguruskan epidemiologi dan penyelidikan kesihatan pergigian

  3. Menguruskan kepakaran kesihatan pergigian

  4. Mengurus perkembangan profession kesihatan pergigian

  5. Pengurusan kualiti kesihatan pergigian

  6. Menguruskan perundangan, penguatkuasaan dan keselamatan pekerjaan kesihatan pergigian


Cawangan Penjagaan Kesihatan Pergigian

  1. Mengurus promosi kesihatan pergigian

  2. Mengurus penjagaan kesihatan pergigian primer

  3. Mengurus penjagaan kesihatan pergigian masyarakat


Cawangan Amalan Dan Perkembangan Kesihatan Pergigian

  1. Mengurus pembangunan dan perkembangan kesihatan pergigian

  2. Menguruskan perkhidmatan sokongan luar

  3. Mengurus teknologi kesihatan pergigian

  4. Mengurus tadbir pengurusan maklumat kesihatan pergigian

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P)
Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur

Telefon : 03-22687333
Laman Web : jknkl.moh.gov.my

Paparan Terbaik

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini.

Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

Mobile Web

QR-Code dieser Seite

Statistik Pelawat

Hari ini 769

Semalam 455

Minggu Ini 1,224

Bulan Ini 9,293

Keseluruhan 301,007