Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan
PENGENALAN
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab memastikan keselamatan dan kualiti makanan melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pelaksanaan ini mengikut peruntukan, prosedur dan kod amali yang ditetapkan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985, Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dan Peraturan Makanan (Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke Kesatuan Eropah) 2009 dan Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011 atau mengikut keperluan masyarakat. Bahagian ini dipertanggungjawabkan untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Keselamatan dan Kualiti Makanan yang dilaksanakan di peringkat jabatan kesihatan, pejabat kesihatan dan pihak berkuasa tempatan. Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah bertujuan melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyimpanan, penyediaan, pemprosesan pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan; serta memudahkan perdagangan makanan. Bahagian ini diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan (Keselamatan dan Kualiti Makanan) dan beliau bertanggungjawab kepada Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Dari aspek pentadbiran, bahagian terbahagi kepada empat cawangan utama dan satu unit iaitu:
1. Cawangan Industri dan Pensijilan
2. Cawangan Pengiktirafan BeSS dan Kawalan Risiko
3. Cawangan Pematuhan Domestik dan Import
4. Cawangan Surveilan dan Komunikasi & Kepenggunaan
5. Unit Pengurusan
Manakala terdapat lima pejabat kesihatan yang mempunyai lima unit keselamatan dan kualiti makanan.
OBJEKTIF AM
Objektif am Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya-bahaya kesihatan daripada makanan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan, penyelidikan dan penggunaan makanan.
OBJEKTIF KHUSUS
Objektif khusus Program Keselamatan dan Kualiti Makanan adalah:
i. Menentukan agar penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan bersih.
ii. Menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan penipuan.
- Mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
- Dilabel dan diiklan dengan tidak mengelirukan dan memberikan gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut.
iii. Menentukan supaya kandungan semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
iv. Menentukan konsainman makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport.
v. Menentukan orang ramai menerima maklumat yang mencukupi mengenai aspek keselamatan.
FUNGSI
i. Menentukan agar penyediaan, penjualan dan penyimpanan semua bahan makanan adalah selamat dan bersih.
ii. Menentukan supaya semua bahan makanan yang dijual adalah:
Bebas daripada pencemaran dan penambahan aditif makanan yang tidak diperlukan dan penipuan.
Mematuhi peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.
Dilabel dan diiklan dengan tidak mengelirukan dan memberikan gambaran sebenar mengenai kandungan makanan tersebut.
iii. Menentukan supaya kandungan semua bahan makanan yang diimport ke negara ini adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.
iv. Menentukan konsainman makanan yang dieksport oleh negara ini mematuhi perundangan yang dikehendaki oleh negara-negara pengimport.
v. Menentukan orang ramai menerima maklumat yang mencukupi mengenai aspek keselamatan.
CAWANGAN UTAMA & UNIT
- Industri & Pensijilan
- Pengiktirafan BESS & Kawalan Risiko
- Pematuhan Domestik & Import
- Surveilan dan Komunikasi & Kepenggunaan
- Unit Pengurusan
PENGENALAN
Cawangan ini bertanggung jawab memastikan pelaksanaan semua dasar, polisi dan strategi Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung dengan industri, pensijilan dan eksport keselamatan makanan kepada industri dan pengguna.
FUNGSI CAWANGAN
Merancang, Mengurus, Menyelia dan Melaksanakan:
1. Aktiviti Skim Pensijilan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) bagi memastikan makanan yang dihasilkan oleh pengusaha industri makanan tempatan adalah berkualiti, selamat untuk makanan dan mematuhi keperluan perundangan.
2. Aktiviti pengeksportan makanan bagi memastikan makanan yang dieksport mematuhi keperluan keselamatan makanan negara pengimport serta menggalakkan pengeksportan makanan tempatan.
3. Aktiviti Skim Pensijilan Produk, Perkhidmatan dan Pengiktirafan seperti Trust My Catering (TMC), MyFood Tag (MFT) dan penyenaraian Home-Based Food bagi memastikan makanan yang dihasilkan oleh pengusaha industri makanan tempatan adalah berkualiti, selamat untuk makanan dan mematuhi keperluan perundangan.
4. Menyelaras dan memantau aktiviti pelesenan ais, premis pengilangan minuman berbungkus (AMB) dan air mineral semulajadi (AMS).
5. Aktiviti pemantauan, penguatkuasaan dan pelesenan Mesin Jual Air (MJA).
6. Aktiviti pengeluaran sijil-sijil eksport makanan seperti sijil kesihatan dan sijil penjualan bebas.
7. Penyelarasan aktiviti makmal dan standard makanan.
8. Aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013.
PENGENALAN
Cawangan ini bertanggung jawab memastikan pelaksanaan semua dasar, polisi dan strategi Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung dengan pengiktirafan premis makanan, pendidikan keselamatan makanan dan kepada industri dan pengguna dan pengurusan modal insan untuk anggota di dalam bahagian.
FUNGSI CAWANGAN
Merancang, Mengurus, Menyelia dan Melaksanakan:
1. Aktiviti pengiktirafan Bersih & selamat (BeSS) di peringkat Jabatan/Agensi Kerajaan dan Swasta.
2. Menjalankan aktiviti keselamatan makanan bagi sekolah dan institusi.
3. Menyiasat kes-kes keracunan makanan dan menyediakan laporan siasatan ditetapkan oleh KKM.
4. Aktiviti pemantauan dan pengauditan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM).
5. Pengurusan Modal Insan (Latihan).
PENGENALAN
Cawangan ini bertanggungjawab memastikan pelaksanaan semua dasar, polisi dan strategi berhubung dengan pemantauan makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
FUNGSI CAWANGAN
Merancang, Mengurus, Menyelia dan Melaksanakan:
1. Aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
2. Aktiviti pemantauan makanan import yang dirujuk daripada pintu masuk.
3. Aktiviti pensampelan makanan.
4. Aktiviti pemeriksaan premis makanan
5. Menyiasat aduan awam dan isu-isu keselamatan makanan berkaitan dengan produk-produk makanan.
6. Aktiviti pemantauan di lapangan bagi memastikan pematuhan kepada keperluan standard dan pelabelan yang telah ditetapkan.
7. Kawalan makanan import mengikut prosedur sedia ada di pasaran domestik.
8. Aktiviti siasatan dan pendakwaan yang melibatkan makanan tempatan dan import.
9. Menyelaras dan memantau aktiviti di bawah Pelan Tindakan PKKM tercapai sepenuhnya.
PENGENALAN
Cawangan ini bertanggungjawab untuk merancang, mengurus, menyelia dan melaksanakan aktiviti berkaitan surveilan, komunikasi dan kepenggunaan keselamatan makanan bagi memastikan hasil kerja BKKM mencapai sasaran melalui penyelarasan aktiviti kualiti.
FUNGSI CAWANGAN
Merancang, Mengurus, Menyelia dan Melaksanakan:
1. Melaksanakan aktiviti surveilan bagi tujuan pemantauan keselamatan makanan.
2. Melaksanakan Projek Total Diet Study (TDS) berkaitan keselamatan makanan dalam menilai tahap pendedahan kontaminasi dari sumber makanan yang dimakan antaranya logam berat dan residue racun perosak.
3. Menjalankan aktiviti kajian spesifik berhubung keselamatan makanan di peringkat negeri dan kebangsaan.
4. Menyediakan Laporan Key Performance Index (KPI), Quality Assurance Programme (QAP) dan Piagam Pelanggan.
5. Menyelaras maklum balas serta tindakan bagi pengurusan kualiti seperti aktiviti MS ISO 9001:2015, Sistem EKSA, Pelan Tindakan Keselamatan dan Kualiti Makanan, MyPortfolio dan Inovasi KKM.
6. Menyelaras penulisan Laporan Tahunan BKKM serta mengemaskini maklumat bahagian di laman web JKNS.
7. Menjalankan aktiviti promosi keselamatan dan kualiti makanan.
8. Mengurus bahan-bahan percetakan dan lain-lain bagi kegunaan pendidikan.
9. Aktiviti pameran keselamatan makanan di peringkat negeri termasuk sekolah dan institusi.
10. Aktiviti komunikasi dengan agensi kerajaan, syarikat swasta dan pihak NGO.
PENGENALAN
Unit pengurusan adalah bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menyelia aktiviti Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan berdasarkan arahan, dasar, polisi dan lain-lain ketetapan yang diarahkan oleh Pengarah Kesihatan Negeri.
FUNGSI UNIT
Merancang, Mengurus, Menyelia dan Melaksanakan:
1. Pengurusan kakitangan di Bahagian.
2. Pengurusan hal ehwal pentadbiran bagi memastikan operasi Bahagian yang sistematik, efektif dan pengurusan sumber yang teratur.
3. Perancangan dan Pengurusan Belanjawan.
4. Pengurusan sumber manusia (perjawatan, latihan, prestasi, tuntutan, elaun , cuti).
5. Menguruskan surat menyurat dan komunikasi dalam dan luaran.
6. Penyediaan keperluan peralatan, perkakasan dan kemudahan melalui bajet tahunan.
7. Penyeliaan aset dan inventori.
8. Pemantauan keselamatan bangunan, kebersihan, keselesaan dan keceriaan.
9. Pemantauan dokumen dan rekod.






