Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Informasi Bahagian Farmasi

Pengenalan

Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (BPF JKWPKL&P) bertanggungjawab ke atas pengurusan, perancangan dan pembangunan perkhidmatan farmasi di JKWPKL&P dalam memastikan ubat-ubatan adalah berkualiti dan mencukupi untuk keperluan semua fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di W.P. Kuala Lumpur dan Putrajaya.

BPF JKWPKL&P meliputi tiga aktiviti utama iaitu Pengurusan Farmasi, Amalan dan Perkembangan Farmasi,dan Penguatkuasaan Farmasi.

Piagam Pelanggan

  1. Pelanggan akan mula menerima perkhidmatan di Klinik Kesihatan Farmasi dalam masa 30minit selepas pendaftaran atau kad diimbas.
  2. Pengeluaran lesen/permit baru (racun jenis A, B, E, Permit NaOH dan Permit Psikotropik) yang dikeluarkan di bawah Akta Racun 1952 dalam tempoh 10 hari bekerja.

Fungsi

  1. Merancang dan menyelaras keperluan modal insan yang optima, termasuk latihan disamping membelanjakan peruntukan secara berhemah.

  2. Mengoptimakan terapi ubat-ubatan dan pemberian penjagaan farmaseutikal yang mesra dan berhemah kepada pesakit melalui perkhidmatan yang terbaik dan profesional.

  3. Memastikan pengilangan, pengimportan, penjualan, pembekalan, pengendalian dan penggunaan ubat-ubatan, sediaan farmaseutikal, produk kesihatan dan produk kosmetik adalah berkualiti, selamat dan berkesan mengikut Undang-Undang Farmasi yang dikuatkuasakan iaitu:

    • Akta Racun 1952 (Disemak 1989) dan peraturannya

    • Akta Jualan Dadah 1952 (Disemak) 1989 dan peraturannya

    • Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 (Disemak 1983)

    • Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1952 (Disemak 1989) dan peraturannya

    • Akta Dadah Berbahaya 1952 (Disemak 1980) dan peraturannya

Image

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P)
Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur
Telefon : 03-22687333
Laman Web : jknkl[dot]moh[dot]gov[dot]my

PAPARAN TERBAIK

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini. 
Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

MOBILE WEB

Image
STATISTIK PELAWAT

Hari ini 13

Semalam 499

Minggu Ini 5,099

Bulan Ini 20,686

Keseluruhan 431,939

Online Hospital Bills Payment

Step 1     Login (https://logon.rhb.com.my/) to RHB Internet Banking.
       
Step 2     Choose 'BillPay' and select 'Open Payment' option to make a one-time payment.
       
Step 3     Key-in and confirm transaction details. To make a one-time bill payment, you will be required to key-in a One Time Password and mutual authenticate the security code sent to your registered mobile number with RHB Bank before your transaction is being processed.
       
Step 4     Upon successful transaction, you'll receive a reference no. with a summary of your transaction. Print your online receipt or copy the transaction reference number for your records.

Details required paying Hospital bills online

  Hospital Account No. Additional Ref. No
1. Hospital Putrajaya Enter RN No. followed by Bill No. and separate them with an   &. Do not enter / or any other characters.

 eg. Enter B00104590&SBBL IP08008290
Enter the full name of the patient.
For example, enter Ali Bin Ahmad.