Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Suntikan Imunisasi

Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.

Imunisasi merupakan satu proses memberi vaksin kepada bayi bertujuan untuk mencegah penyakit-penyakit berjangkit. Vaksin ialah virus atau bakteria yang mati atau dilemahkan. Imunisasi boleh diberi secara suntikan (melalui otot atau di bawah kulit) atau melalui mulut. Kesan sampingan vaksinasi adalah perkara biasa dan pada kebiasaannya adalah ringan dan tidak membahayakan.


Jadual 1: Jadual Imunisasi Program Imunisasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia 

Nota:

  • BCG adalah Basile Calmette-Guerin, Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Tuberkulosis.
  • DTap adalah kombinasi Vaksin yang memberi perlindungan terhadap Difteria, Tetanus dan Pertusis.
  • DT adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Difteria dan Tetanus.
  • Hib adalah Haemophilus Influenzae type B.
  • MMR adalah Measles (campak),Mumps (beguk) dan Rubella.
  • MR adalah dos booster yang memberi perlindungan terhadap Measles (campak) dan Rubella.
  • HPV adalah Human Papillomavirus. Vaksin ini hanya untuk remaja perempuan 13 tahun. Dos 2 diberikan dalam tempoh 6 bulan selepas Dos 1.

 

Imunisasi bagi kanak-kanak yang lewat ke klinik untuk lawatan pertama (tidak pernah diberi imunisasi)

Bagi kanak-kanak ini yang lewat ke klinik untuk mendapatkan suntikan vaksin, imunisasi seharusnya dimulakan pada lawatan pertama ke klinik. Cadangan jadual berdasarkan umur bila kanak-kanak tersebut datang ke klinik.

 

 

Cadangan jadual untuk imunisasi yang tidak terkandung Program Imunisasi Kebangsaan:

Vaksin berikut boleh didapati di hospital atau klinik swasta:

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/jadual-imunisasi/

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P)
Jalan Cenderasari
50590 Kuala Lumpur

Telefon : 03-22687333
Laman Web : jknkl.moh.gov.my

Paparan Terbaik

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini.

Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

Mobile Web

QR-Code dieser Seite

Statistik Pelawat

Hari ini 777

Semalam 455

Minggu Ini 1,232

Bulan Ini 9,301

Keseluruhan 301,015