Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Cawangan Pembangunan

Pengenalan

Unit Pembangunan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah di bawah Bahagian Pengurusan dan diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (KPP) - Kewangan dan Pembangunan. Unit ini dianggotai seramai 8 orang penjawat awam yang terdiri daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) serta Kumpulan Sokongan.


Objektif

Melaksanakan dasar Kementerian Kesihatan Malaysia dalam meninggikan mutu perkhidmatan kesihatan dengan melaksanakan projek-projek pembangunan kesihatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Fungsi

  • Merancang keperluan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Tambahan Lima Tahun
  • Merancang dan menguruskan peruntukan pembangunan Jabatan (BP2, BP3, BP6 dan BP9)
  • Menguruskan permohonan kerja-kerja pembaikan dan naik taraf klinik
  • Mengurus hal-ehwal penyewaan premis bagi penetapan klinik
  • Menguruskan hal ehwal penyewaan premis demis di bawah pentadbiran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Mengemaskini maklumat perlaksanaan projek pembangunan dalam Sistem Pemantauan Projek II (SPPII)
  • Bertindak sebagai pengantara dengan Agensi Pelaksana Pembangunan
  • Penyelaras serta pemantau projek projek pembangunan kesihatan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Memastikan semua peruntukan/keperluan untuk setiap projek diperolehi
  • Mengendalikan urusan pengambilan tanah untuk tapak projek kesihatan dengan jabatan-jabatan yang berkaitan
  • Memastikan proses pengambilan tanah dibuat dengan segera mengikut peraturan dan berdasarkan Pekeliling Pesuruhjaya Tanah Persekutuan Bil 1/2003; dan
  • Menguruskan proses sebutharga kerja dan perkhidmatan kafetaria di klinik-klinik di bawah pentadbiran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Image

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P)
Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur
Telefon : 03-22687333
Laman Web : jknkl[dot]moh[dot]gov[dot]my

PAPARAN TERBAIK

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini. 
Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

MOBILE WEB

Image
STATISTIK PELAWAT

Hari ini 1,152

Semalam 2,925

Minggu Ini 5,818

Bulan Ini 18,601

Keseluruhan 592,253