Pengenalan
Selaras dengan objektif penubuhan Unit Perolehan, unit ini bertanggungjawab dalam urusan pembelian samada barangan ataupun perkhidmatan untuk Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya
Objektif
- Bertanggungjawab dalam menguruskan perolehan pembekalan dan perkhidmatan bagi Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.
- Memastikan pengurusan perolehan dilaksanakan secara cekap, berhemah dan berintegriti mengikut tatacara dan arahan pekeliling perbendaharaan terkini yang berkuatkuasa
Fungsi
Bertanggungjawab di dalam menyediakan perkhidmatan sokongan yang cekap dan berkesan dari segi pengurusan perolehan di Jabatan dengan:
- Menguruskan Perolehan Secara Pembelian Terus (Bekalan/Perkhidmatan)
- Menguruskan Perolehan Secara Sebutharga (Bekalan/Perkhidmatan).
- Menguruskan Perolehan Secara Tender (Bekalan/Perkhidmatan).
- Menguruskan Perolehan Fabrik Pakaian Seragam dan Pengagihan.
- Menguruskan urusan pendaftaran syarikat pembekal di Jabatan.






