Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Cawangan Pendidikan Kesihatan

Pengenalan

Cawangan ini adalah salah satu cawangan di bawah Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya. Bidang tugas cawangan ini ialah merancang, menyelaras, melaksana, dan menilai program pendidikan kesihatan, termasuk membantu menerbitkan bahan-bahan pendidikan kesihatan.

Cawangan ini juga membantu memberi sokongan dari aspek pendidikan kesihatan untuk semua program kesihatan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya.


Fungsi

Objektif utama cawangan ini adalah menyalurkan dan memberi informasi terkini berkaitan pengetahuan dan kemahiran untuk memperkasa komuniti mengubah sikap dan tingkahlaku yang tidak sihat kepada tingkahlaku yang lebih sihat serta menjadikannya satu cara hidup yang sihat aktif dan produktif di kalangan individu, keluarga dan masyarakat melalui usaha – usaha seperti berikut :-

  • Menyemai minat di kalangan masyarakat terhadap keutamaan dan kepentingan kesihatan dan cara hidup sihat.

  • Meningkatkan kesedaran mengenai langkah – langkah pencegahan penyakit dan memupuk sikap bertanggungjawab terhadap kesihatan individu.

  • Memberi pengetahuan mengenai prasarana kesihatan serta menggalakkan penggunaan kemudahan tersebut.

  • Memupuk masyarakat supaya beriltizam terhadap keutamaan kesihatan dan menyuburkan amalan cara hidup sihat.


Fungsi Utama

  1. Memberi pendidikan kesihatan kepada anggota kesihatan, jabatan/agensi lain serta pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan yang boleh menjadi agen kesihatan dan agen perubahan tingkahlaku dalam kelompok mereka.

  2. Memasukkan komponen utama pendidikan kesihatan dalam semua aktiviti kesihatan yang dijalankan.

  3. Menyediakan bahan promosi kesihatan sebagai menyokong setiap aktiviti kesihatan yang dijalankan.

  4. Merancang dan melaksakanakn sambutan Hari-hari Khas Kesihatan dengan bertujuan untuk mempromosikan cara hidup sihat secara besar-besaran (massive) seperti Hari Kesihatan Sedunia selain membantu cawangan lain dalam sambutan Hari-hari Khas Kesihatan berkaitan seperti Hari AIDS Sedunia, Hari Denggi ASEAN, Minggu Tanpa Tembakau Sedunia, dan lain-lain mengikut keutamaan dan keperluan semasa.

  5. Menjalankan kajian keberkesanan dan penilaian bagi membantu merancang pelaksanaan aktiviti di masa hadapan yang lebih baik.

  6. Bekerjasama dengan pihak media massa dalam usaha penyebaran maklumat kesihatan terkini kepada masyarakat.

  7. Membina jaringan kerja di kalangan agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dengan tujuan berkongsi tanggungjawab dalam menangani masalah kesihatan.
Image

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P)
Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur
Telefon : 03-22687333
Laman Web : jknkl[dot]moh[dot]gov[dot]my

PAPARAN TERBAIK

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini. 
Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

MOBILE WEB

Image
STATISTIK PELAWAT

Hari ini 172

Semalam 499

Minggu Ini 5,258

Bulan Ini 20,845

Keseluruhan 432,098

Online Hospital Bills Payment

Step 1     Login (https://logon.rhb.com.my/) to RHB Internet Banking.
       
Step 2     Choose 'BillPay' and select 'Open Payment' option to make a one-time payment.
       
Step 3     Key-in and confirm transaction details. To make a one-time bill payment, you will be required to key-in a One Time Password and mutual authenticate the security code sent to your registered mobile number with RHB Bank before your transaction is being processed.
       
Step 4     Upon successful transaction, you'll receive a reference no. with a summary of your transaction. Print your online receipt or copy the transaction reference number for your records.

Details required paying Hospital bills online

  Hospital Account No. Additional Ref. No
1. Hospital Putrajaya Enter RN No. followed by Bill No. and separate them with an   &. Do not enter / or any other characters.

 eg. Enter B00104590&SBBL IP08008290
Enter the full name of the patient.
For example, enter Ali Bin Ahmad.