Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Cawangan Pemakanan

Pengenalan

Cawangan Pemakanan bertanggungjawab merancang, membangun, melaksana, memantau dan menilai program pemakanan melalui empat aspek iaitu perancangan, pengawasan, pemulihan dan promosi pemakanan, di samping melaksanakan Perkhidmatan Pemakanan, Latihan, Kajian & Penyelidikan, Nasihat Teknikal dan Perkhidmatan  Konsultansi, Inisiatif Kualiti dan Pendidikan Berterusan (Continous Professional Development)


Fungsi Unit

Cawangan Pemakanan bertanggungjawab merancang, membangun, melaksana, memantau dan menilai program pemakanan melalui empat aspek iaitu perancangan, pengawasan, pemulihan dan promosi pemakanan, disamping melaksanakan Perkhidmatan Pemakanan, Latihan, Kajian & Penyelidikan, Nasihat Teknikal dan Perkhidmatan  Konsultansi, Inisiatif Kualiti dan Pendidikan Berterusan (Continous Professional Development)

i. Perancangan dan Pembangunan Pemakanan

Hala Tuju dan Pembangunan Sistem

  1. Menentukan hala tuju Program Pemakanan di peringkat negeri berdasarkan dasar dan pelan induk sedia ada seperti Dasar Pemakanan Kebangsaan, Pelan Tindakan
      Pemakanan Kebangsaaan (NPANM) dan Rancangan 5 Tahun Malaysia (RMK)
  2. Mengenal pasti masalah pemakanan penduduk mengikut keutamaan.
  3. Menyedia, melaksana dan memantau Pelan Tindakan Pemakanan Negeri.
  4. Merancang dan membangunkan program-program yang bersesuaian, bagi menangani masalah pemakanan yang khusus di peringkat negeri.
  5. Merancang dan membangun profesionalisma Pegawai Sains Pemakanan di peringkat negeri, daerah dan klinik kesihatan.

Pengawasan Pemakanan

  1. Membangun, mengurus dan menyelenggara satu Sistem Pengawasan Pemakanan Negeri.
  2. Memantau kemajuan status pemakanan penduduk di peringkat negeri mengikut daerah dan kawasan operasi klinik kesihatan.

 

ii. Pengurusan Program Pemakanan

  1. Mengenal pasti keperluan dan punca perolehan sumber untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti pemakanan samada dari Jabatan Kesihatan Negeri atau agensi-agensi lain.
  2. Memantau dan menilai pelaksanaan dan keberkesananan aktiviti pemakanan melalui reten, kajian dan maklum balas.
  3. Melapor status pemakanan penduduk dan pelaksanaan aktiviti pemakanan, berdasarkan reten yang diperolehi dari peringkat negeri ke peringkat Kebangsaan.
  4. Menyedia dan mengurus keperluan peruntukan kewangan (budget allocation) bagi Program Pemakanan Negeri, termasuk penyediaan perjanjian program dan spesifikasi output.
  5. Membuat agihan peruntukan pemakanan dan memantau perbelanjaan.
  6. Mengenalpasti keperluan tenaga manusia, peralatan dan ICT melalui penyediaan Dasar Baru/One-Off, Naziran dan Justifikasi Perrnohonan Jawatan Baru Anggaran Belanja Mengurus (ABM).
  7. Menjalinkan kerjasama dan hubungan dengan agensi-agensi lain yang berkaitan.

iii. Promosi dan Pendidikan Pemakanan

Merancang, melaksana, menyelaras dan menilai aktiviti promosi pemakanan di peringkat negeri untuk kumpulan sasaran utama, termasuk:

  1. Promosi Penyusuan Susu Ibu
    Inisiatif Hospital Rakan Bayi/ Klinik Rakan Bayi Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia
  2. Promosi pemakanan bayi dan kanak-kanak, termasuk pendidikan mengenai makanan pelengkap
  3. Promosi Makan Secara Sihat, Bulan Pemakanan dan Katering Sihat
  4. Promosi Pemakanan di Sekolah

iv. Pemulihan Makanan

Merancang, menyelaras, melaksana dan menilai program/aktiviti pemulihan pemakanan yang berikut

  1. Kekurangan makronutrien (PEM):

Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan:

  1. Kekurangan mikronutrien
          a. Program Pencegahan dan Kawalan Gangguan Akibat Kekurangan Iodin
          b. Program Kawalan dan Pencegahan Ibu Anemia

  2. Kelebihan pemakanan
         a. Program Pencegahan dan Kawalan Obesiti
             Penyakit berkaitan pemakanan

 v. Perkhidmatan Pemakanan

  1. Merancang dan menilai perkhidmatan pemakanan yang diberikan di peringkat klinik.
  2. Merancang dan menilai aktiviti pemakanan seperti perancangan menu, demonstrasi masakan, pengubahsuaian resepi dan pemilihan makanan secara sihat di peringkat komuniti/institusi seperti di kawasan perumahan, kampung, tanah rancangan, kilang, kantin /kafetaria, Taska/Tadika, sekolah rumah kebajikan dan penjara.

vi. Latihan

  1. Merancang, melaksana dan menilai latihan pemakanan untuk anggota kesihatan di peringkat negeri.
  2. Bekerjasama dengan agensi lain dalam latihan pemakanan, contohnya latihan yang diadakan bersama-sama Majlis Kecergasan Kebangsaan.
  3. Menyediakan Garis Panduan Pemakanan dan Standard Operating Procedures untuk kegunaan anggota kesihatan.

vii. Kajian & Penyelidikan

  1. Mengenal pasti keperluan penyelidikan pemakanan di negeri.
  2. Mengetuai kajian pemakanan di peringkat negeri dan merancang keperluan sumber jika diperlukan.
  3. Membantu/memberi input/bekerja sama dalam kajian yang dijalankan oleh institusi lain

viii. Nasihat Teknikal & Perkhidmatan Konsultasi

  1. Memberi nasihat teknikal berkaitan pemakanan kepada pegawai-pegawai peringkat negeri dalam perancangan dan pelaksanaan Program Kesihatan Awam terutamanya Kesihatan Keluarga, Kesihatan Primer, Pendidikan Kesihatan, Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pergigian dan Kesihatan Pekerjaan. Lawatan ke klinik mengikut Zon setiap minggu untuk aspek nasihat teknikal berkaitan pemakanan.
  2. Memberi perkhidmatan konsultansi/runding cara dalam bidang khusus seperti:
    • Pengurusan dan Promosi Penyusuan Susu Ibu (BFHI, Klinik Rakan Bayi)
    • Pemulihan dan pencegahan dalam kekurangan makro dan mikronutrien
    • Pengurusan berat badan

viiii. Garis Panduan Pemakanan dan Saranan Pengambilan Nutrien (RNI)

  1. Menganggotai dan memberi nasihat teknikal kepada jawatankuasa berkaitan pemakanan.
  2. Menjadi penilai kebangsaan bagi Program  Inisiatif Hospital / Klinik Rakan Bayi.

ix. Inisiatif Kualiti

  1. Merancang, melaksana dan menilai aktiviti-aktiviti inisiatif kualiti bagi program pemakanan di peringkat negeri.

x. Pendidikan Berterusan (Continous Professional Development)

  1. Mengikuti perkembangan semasa dan sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang pemakanan dan bidang-bidang yang berkaitan
Image

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P)
Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur
Telefon : 03-22687333
Laman Web : jknkl[dot]moh[dot]gov[dot]my

PAPARAN TERBAIK

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini. 
Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

MOBILE WEB

Image
STATISTIK PELAWAT

Hari ini 172

Semalam 499

Minggu Ini 5,258

Bulan Ini 20,845

Keseluruhan 432,098

Online Hospital Bills Payment

Step 1     Login (https://logon.rhb.com.my/) to RHB Internet Banking.
       
Step 2     Choose 'BillPay' and select 'Open Payment' option to make a one-time payment.
       
Step 3     Key-in and confirm transaction details. To make a one-time bill payment, you will be required to key-in a One Time Password and mutual authenticate the security code sent to your registered mobile number with RHB Bank before your transaction is being processed.
       
Step 4     Upon successful transaction, you'll receive a reference no. with a summary of your transaction. Print your online receipt or copy the transaction reference number for your records.

Details required paying Hospital bills online

  Hospital Account No. Additional Ref. No
1. Hospital Putrajaya Enter RN No. followed by Bill No. and separate them with an   &. Do not enter / or any other characters.

 eg. Enter B00104590&SBBL IP08008290
Enter the full name of the patient.
For example, enter Ali Bin Ahmad.