Aduan dan Maklumbalas Peta Laman

Cawangan Kawalselia Radiasi Perubatan

Pengenalan

Cawangan Kawal Selia Radiasi Perubatan JKWPKL&P berperanan  memastikan aktiviti penggunaan sinaran mengion di premis kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah selamat dan wajar, dengan menguatkuasakan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) bagi maksud perubatan.

Fungsi

Cawangan Kawal Selia Radiasi Perubatan JKWPKL&P berperanan  memastikan aktiviti penggunaan sinaran mengion di premis kerajaan dan swasta di Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah selamat dan wajar, dengan menguatkuasakan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) bagi maksud perubatan.

Unit Siasatan & Pendakwaan

  • Menjalankan aktiviti penyiasatan, serbuan dan pendakwaan di mahkamah. Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap kes penyalahgunaan dan ketidakpatuhan yang serius di bawah Akta 304.
  • Menyediakan khidmat nasihat teknikal dan kepakaran dalam aspek keselamatan sinaran dan pematuhan Akta 304 kepada sektor kerajaan.
  • Sebagai ahli jawatakuasa pemantauan bencana radiasi perubatan.

Unit Pendaftaran eRADIA

  • Melaksanakan Program Penjaminan Mutu (QAP) dalam radiologi sebagai kriteria tambahan dalam keperluan regulatori bagi memastikan maklumat diagnostik yang diperolehi dari radiograf pada tahap yang optima dan dedahan sinaran yang diterima oleh pesakit dan kakitangan pada tahap yang serendah mungkin.
  • Menjalankan aktiviti yang melibatkan keperluan QAP merangkumi Ujian Kawalan Mutu (QC) radas penyinaran, Analisa Kadar Penolakan Filem, Pendidikan Perubatan Berterusan (CME) dan Audit Kualiti Radiograf.
  • Melakukan aktiviti semakan perlesenan merangkumi keselamatan bilik x-ray, radas penyinaran kepada fasiliti baru/sedia ada bagi premis kerajaan.


Unit Pemonitoran/Penguatkuasaan Swasta & Kerajaan

  • Memastikan keperluan-keperluan perlesenan di bawah Akta 304 dipatuhi.
  • Melaksanakan aktivti pemonitoran dan lawatan pemeriksaan berkala bagi memastikan semua pemegang lesen mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk menjamin keselamatan sinaran dan kualiti perkhidmatan.
  • Melakukan lawatan pemeriksaan ke atas klinik/hospital berdasarkan keperluan (contoh: premis tamat tempoh lesen, aduan orang awam, tiada maklumbalas pematuhan dan lawatan rutin)
  • Melakukan penyelenggaraan lead gown/illuminator di premis kerajaan secara tahunan/berkala.
  • Menerima aduan sekiaranya terdapat mana-mana pelanggaran peraturan di bawah Akta 304 bagi maksud perubatan.

 

Image

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P)
Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur
Telefon : 03-22687333
Laman Web : jknkl[dot]moh[dot]gov[dot]my

PAPARAN TERBAIK

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini. 
Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

MOBILE WEB

Image
STATISTIK PELAWAT

Hari ini 172

Semalam 499

Minggu Ini 5,258

Bulan Ini 20,845

Keseluruhan 432,098

Online Hospital Bills Payment

Step 1     Login (https://logon.rhb.com.my/) to RHB Internet Banking.
       
Step 2     Choose 'BillPay' and select 'Open Payment' option to make a one-time payment.
       
Step 3     Key-in and confirm transaction details. To make a one-time bill payment, you will be required to key-in a One Time Password and mutual authenticate the security code sent to your registered mobile number with RHB Bank before your transaction is being processed.
       
Step 4     Upon successful transaction, you'll receive a reference no. with a summary of your transaction. Print your online receipt or copy the transaction reference number for your records.

Details required paying Hospital bills online

  Hospital Account No. Additional Ref. No
1. Hospital Putrajaya Enter RN No. followed by Bill No. and separate them with an   &. Do not enter / or any other characters.

 eg. Enter B00104590&SBBL IP08008290
Enter the full name of the patient.
For example, enter Ali Bin Ahmad.