UNIT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
PENGENALAN
Unit Penolong Pegawai Perubatan atau Penyeliaan Hospital terletak di aras bawah, Bangunan Utama, Hospital Rehabilitasi Cheras. Tumpuan utama unit ini adalah meliputi aspek pengurusan klinikal ke atas profesionalisma Penolong Pegawai Perubatan serta bertanggungjawab ke atas Pembantu Perawatan Kesihatan dan Perkhidmatan Ambulans. Bahagian ini terlibat membantu pihak hospital dalam urusan berkaitan aspek pentadbiran dan pembangunan Hospital Rehabilitasi Cheras. Unit ini diterajui oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U9 selaku Ketua Penyelia Hospital, yang terlibat secara langsung menjalankan aktiviti-aktiviti penyeliaan dengan dibantu oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U6, Penolong Pegawai Perubatan U6, Penolong Pegawai Perubatan U5 termasuk dibantu oleh Pembantu Perawatan Kesihatan U1 dan U1.
UNIT – UNIT LAIN DI BAWAH UNIT PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
- Unit Mortuari (sila klik di pautan ini)
- Unit Kemasukan Pesakit (sila klik di pautan ini)
