Unit Penyeliaan Asrama Jururawat HRC menyediakan penginapan menyeluruh untuk jawatan Jururawat Terlatih HRC yang masih bujang dan belum mempunyai tempat tinggal. Asrama Jururawat juga menerima para perserta kursus dan pelajar-pelajar dari Kolej Kementerian Kesihatan Malaysia yang menjalani latihan di Hospital Rehabilitasi Cheras. Unit Penyeliaan Asrama Jururawat mula beroperasi dari Tahun 2012 dan mempunyai 4 aras. Setiap penghuni yang tinggal di Asrama Jururawat adalah bersifat sementara sebelum penghuni mendapat tempat tinggal di luar. Ini bagi meringankan beban kepada Jururawat yang baru melapor diri untuk bertugas di Hospital Rehabilitasi Cheras.
Penghuni Asrama Jururawat tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan HRC mengikut garis panduan dan pekeliling yang telah ditetapkan. Penyelia Asrama perlu memastikan keselamatan para penghuni terjamin dan memantau disiplin semasa menduduki Asrama Jururawat. Unit ini juga bertanggungjawab terhadap semua peralatan sedia ada dan menyelia keseluruhan persekitaran bangunan Asrama. (gambar kakitangan dan gambar bangunan dalam dan luar dalam folder gambar asrama)
Pengwujudan Asrama Jururawat HRC adalah berlandaskan beberapa teras utama iaitu:-
- Menyediakan penginapan yang selamat dan selesa, untuk para Jururawat Terlatih terutamanya kakitangan yang baru melaporkan diri atau yang berkursus dan menjalani latihan di HRC .
- Meningkatkan kualiti keselamatan dan kebajikan penghuni dengan baik semasa menduduki Bangunan Asrama Jururawat.
- Mewujudkan suasana yang harmoni dan persekitaran kondusif bagi mengurangkan tekanan berkerja agar penghuni dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit di Hospital Rehabilitasi Cheras
- Memudahkan para penghuni untuk melakukan aktiviti-aktiviti Hospital Rehabilitasi Cheras dan bersedia untuk dipanggil bertugas pada bila bila masa.
- Unit Penyeliaan Asrama Jururawat berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua penghuni dan memastikan penghuni mematuhi peraturan dan syarat yang telah ditetapkan
VISI
Memberikan perkhidmatan asrama dan perundingan yang berlandaskan sistem pengurusan yang berkualiti
dan memenuhi kepuasan pelanggan
MISI
Unit Asrama akan menyediakan perkhidmatan yang cemerlang,menggunakan cara pengurusan semasa dan terkini
dengan anggota yang berilmu, berjiwa murni, peka terhadap pelanggan berteraskan budaya kualiti,
kerja berpasukan dan profesionalisma
![]() | ![]() |
SENARAI NAMA KAKITANGAN UNIT PENYELIAAN ASRAMA JURURAWAT HRC
BIL | NAMA | JAWATAN | GRED |
1 | Puan Elezebth Ruja Anak Intai | Penyelia Asrama | N22 |
2 | Puan Kamilah Binti Mohd Alwai | Penyelia Asrama | N22 |
3 | Puan Nurul Hafiza Binti Mohamad Azmi | Pembantu Operasi | N11 |
NO SAMBUNGAN UNIT PENYELIAN ASRAMA JURURAWAT HRC
03-91453400 sambungan 6100 / 6203
![]() | |
![]() | ![]() |
BILIK PENGHUNI | BILIK PANTRI |
![]() | ![]() |
BILIK MAKAN | BILIK REHAT |
![]() | |
BILIK BASUH |