PENGENALAN
Unit Perpustakaan merupakan Perpustakaan Perubatan dibawah seliaan Unit Perhubungan Awam. Lokasi Unit Perpustakaan di tingkat satu bangunan utama Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC). Kapasiti ialah 110 orang dalam satu-satu masa. Jenis koleksi ialah buku perubatan dan bukan perubatan termasuk 300 buah buku bahasa Melayu dan bahasa Inggeris melalui Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok dari Perpustakaan Negara Malaysia.
KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
· Keahlian adalah terbuka kepada semua kakitangan yang bekerja di bawah Hospital Rehabilitasi Cheras dan pendaftaran adalah PERCUMA tertakluk kepada peraturan-peraturan perpustakaan.
· Kesemua pengguna berdaftar telah layak mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan serta mendapat keutamaan dalam apa jua program yang dianjurkan oleh perpustakaan.
· Antara kelebihan mendaftar sebagai Ahli Perpustakaan HRC:
· Menjadi yang terawal mendapat tahu informasi terkini berkaitan Perpustakaan HRC melalui WhatsApp
· Tempoh peminjaman buku selama dua (2) minggu
· Jumlah pinjaman buku dalam satu masa ditingkatkan kepada tiga (3) buah buku
· Diskaun sehingga 10% untuk sebarang pembelian tiket tayangan cinema/barangan di Perpustakaan
· Anugerah NILAM @ Pembaca Buku Paling Aktif
PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN (SIRKULASI)
· Pinjaman
Pinjaman buku boleh dibuat apabila anggota tersebut telah menjadi ahli perpustakaan. Sebarang bahan boleh dipinjam sebanyak 3 bahan selama 2 minggu sahaja.
· Pemulangan
Pemulangan bahan dibuat setelah tempoh pinjaman telah habis. Sekiranya gagal berbuat demikian, pembantu perpustakaan akan menghubungi pengguna tersebut untuk mengingatkan pengguna bahawa bahan yang dipinjam perlu dipulangkan semula ke perpustakaan.
· Pembaharuan
Setiap bahan yang dipinjam boleh dilanjutkan tempoh pinjamannya bagi memudahkan pengguna.
Tempoh pembaharuan semula bahan akan dilanjutkan selama maksimum 2 minggu mengikut keperluan pengguna tersebut tanpa halangan sekiranya tiada permintaan dari pengguna lain terhadap bahan tersebut. Pembaharuan pinjaman buku hanya boleh dibuat sekali sahaja.
PINJAMAN BILIK PERBINCANGAN DAN MEJA BELAJAR CARREL
![]() | Bilik Perbincangan Terdapat dua (2) Bilik Perbincangan Pengguna boleh menggunakan bilik perbincangan untuk membuat perbincangan secara berkumpulan di dalam Bilik Perbincangan bagi mengelakkan sebarang gangguan kepada pengguna lain. Kapasiti Bilik Perbincangan boleh memuatkan 10 orang dalam satu masa. Tempahan untuk menggunakan Bilik Perbincangan hendaklah dibuat terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang percanggahan masa sewaktu menggunakan bilik tersebut. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Perpustakaan di sambungan 1700 / 1701. |
![]() | Meja Belajar Carrel Terdapat sembilan (9) meja belajar carrel Disediakan bagi memudahkan pengguna untuk membaca atau belajar secara aman tanpa diganggu dan boleh fokus terhadap pembacaan.
|
PERKHIDMATAN VIRTUAL LIBRARY KKM & U-PUSTAKA
Virtual Library & Cochrane Library adalah merupakan portal atas talian atau perpustakaan maya yang mengandungi maklumat tentang kesihatan dan informasi perubatan dari sumber koleksi perpustakaan KKM dan NIH, sumber maklumat global dan perubatan kesihatan yang boleh dicapai oleh semua warga KKM.
Portal Virtual Library ini boleh dicapai melalui Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia dan click pada Warga atau melalui URL http://vlib.moh.gov.my .
Anggota yang bertugas dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia boleh mengakses portal ini dimana terdapat pangkalan data yang boleh didapati secara percuma hanya dengan mendaftar nama kepada Pembantu Pustakawan di Perpustakaan HRC.
INFO U-PUSTAKA
U-PUSTAKA disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia melalui kolaborasi beberapa agensi dan kementerian serta ahli-ahli konsortium U-PUSTAKA. Portal ini menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat secara efisyen,bersepadu,serta telus pada bila–bila masa dan dimana sahaja. Ianya mengalakkan penyertaan bagi pengalaman pembelajaran sepanjang hayat di atas talian. URL : https://www.u-library.gov.my
KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI PERPUSTAKAAN PERUBATAN
HOSPITAL REHABILITASI CHERAS
![]() | ![]() |
Kemudahan Study Carrel | |
![]() | ![]() |
Ruang Bacaan Santai | |
| |
Ruang Bacaan Terbuka | Portal Virtual Library |
| |
Buku Pinjaman Kelompok daripada Perpustakaan Negara Malaysia | Koleksi Buku Perpustakaan |
![]() | ![]() |
Ruang Pameran “Highlight Of The Month” | Kemudahan Loker Penyimpanan |