Tempahan Janji Temu di HRC
BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN DI HRC?
HRC adalah merupakan sebuah hospital kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan hanya menerima pesakit secara rujukan dari mana-mana institusi kesihatan yang berdaftar sahaja (kerajaan/swasta) melalui janji temu dan TIDAK SECARA “WALK IN”.
Bagi pesakit/waris yang ingin mendapatkan rawatan di HRC anda boleh menghantarkan permohonan anda di sini:
Nota:
1. Pastikan tuan/puan mengisi dengan lengkap dengan melampirkan DOKUMEN LENGKAP seperti berikut:
a. Surat rujukan dari hospital/klinik kerajaan/swasta yang lengkap, perlu ditujukan hanya kepada Pakar atau Pegawai Perubatan HRC;
b. Senarai ubat-ubatan (jika ada).
c. Dokumen hasil siasatan seperti MRI/scan/xray (jika berkaitan).
d. Maklumat doktor perujuk (No. MPM dan cop rasmi).
e. Nombor telefon pesakit/waris.
2. Pihak hospital berhak untuk menolak permohonan tanpa memberi sebarang justifikasi.
3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian 03-91453400 atau emelkan kepada temujanji.hrc@moh.gov.my.
Sekian, terima kasih.
“Harapan Anda, Inspirasi Kami“