SEJARAH HOSPITAL




Hospital Rehabilitasi Cheras dibina di tapak asal Hospital Lady Templer. Hospital Lady Templer telah dibina pada tahun 1952 dan perletakan batu asasnya telah disempurnakan oleh Duchess of Kent.

Selepas siap dibina, hospital tersebut telah dirasmikan oleh Lady Templer pada 17 May 1956 dan dinamakan sempena dengan nama beliau.

Lady Templer merupakan isteri kepada Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu pada ketika itu. Hospital itu menerima pesakit pertamanya pada bulan Ogos tahun yang sama.

Pada zaman kegemilangannya, Hospital Lady Templer menjadi pusat rujukan tertiary dan menjadi salah satu hospital rujukan utama di Malaya. Pembedahan jantung dan thorasik yang pertama di negara ini telah dilakukan di hospital tersebut.

Hospital berkenaan terus menjadi pusat bagi pembedahan kardiothorasik selepas kemerdekaan Tanah Melayu sehingga tahun 1970an. Hospital Lady Templer turut menjadi pusat rawatan batuk kering dan dikenali juga sebagai Hospital Tuberkulosis Lady Templer.

Pada tahun 1984, hospital berkenaan telah ditukarkan fungsinya menjadi sebuah klinik kesihatan kerajaan dan dikenali sebagai Poliklinik Cheras.

Pembinaan Hospital Rehabilitasi Cheras dimulakan pada akhir tahun 2008 dan mengambil masa hampir tiga tahun untuk disiapkan.

General Sir Gerald Templer’s Wife and Children : Lady Templer
Antara Keratan Akbar
Bangunan Asal