Search
Search

Pengenalan

Klinik Nur Kaseh mula beroperasi pada 1 Ogos 2024. Penubuhan klinik ini adalah untuk memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif, menyeluruh dan bersepadu dengan tumpuan kepada pencegahan, diagnostik dan pemantauan kesihatan bagi mencapai kesejahteraan holistik khusus untuk  golongan wanita.

Bagi memastikan pelaksanaan klinik ini berstruktur dan dinamik, kerjasama dengan Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak merupakan langkah yang tepat untuk memastikan penjagaan kesihatan yang berterusan dapat diberikan kepada wanita.

Penubuhan klinik ini juga mementingkan amalan kerja yang selamat dengan memastikan perkhidmatan yang diberikan menepati dan mencapai prosedur standard yang telah ditetapkan.Anggota klinik telah menjalani latihan sangkutan di Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak dan Klinik Kesihatan Sungai Besi serta telah lulus dan mendapat sijil Credentialing dan Privileging bagi melayakkan mereka menjalankan prosedur.

Majlis perasmian klinik telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Muhammad Yusof Sibert, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya pada 30 ogos 2024.

Visi

Menjadi institusi perubatan rehabilitasi bertaraf dunia dengan memberikan perkhidmatan yang menyeluruh.

Misi

  1. Mencapai potensi yang optimum bagi pesakit melalui penyampaian perubatan rehabilitasi yang menyeluruh
  2. Memperoleh kecemerlangan di dalam perubatan rehabilitasi melalui pendekatan pasukan interdisplinari, latihan berkualiti, penambahbaikan berterusan dan amalan “Best Practice”
  3. Meningkatkan perkembangan ilmu terkini melalui integrasi penemuan saintifik dan amalan penyelidikan klinikal.
  4. Memperkasa jaringan kerjasama di peringkat setempat,kebangsaan dan antarabangsa

Objektif

  1. Meningkatkan kesedaran dengan memberikan pengetahuan dan kemahiran praktikal kepada wanita tentang pengesanan awal kanser wanita melalui pendidikan kesihatan.
  2. Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan yang mudah diakses oleh wanita, khususnya pesakit dan staf HRC, untuk melakukan saringan dan pemeriksaan kesihatan yang penting.
  3. Menyediakan perkhidmatan saringan dan rawatan yang holistik, berfokus dan berterusan mengikut keperluan khas wanita.
  4. Mewujudkan persekitaran sokongan yang selesa di mana wanita boleh berbincang terbuka mengenai kebimbangan kesihatan mereka dan menerima penjagaan yang penuh perhatian.
  5. Memberikan sokongan dan pendidikan kepada wanita mengenai faktor risiko, tanda-tanda awal, dan langkah pencegahan bagi kanser pangkal rahim dan kanser payudara, termasuk pendidikan mengenai kepentingan menjalani pemeriksaan kesihatan berkala.

Perkhidmatan yang disediakan:

  1. Saringan Kanser Servik
  2. Pemeriksaan Klinikal  Payudara

Kriteria saringan :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Terbuka kepada pesakit, waris pesakit dan kakitangan HRC sahaja
  3. Umur 30-65 tahun
  4. Sejarah melakukan hubungan seksual
  5. Tidak hamil

Lokasi klinik :

Klinik Nur Kaseh berada di bangunan Klinik Pakar (bersebelahan Jabatan T&CM)

Waktu operasi klinik:

  • Hari Isnin hingga Jumaat
  • Sesi pagi : Pesakit luar
  • Sesi petang : Pesakit Dalam ( mobil ke wad )

Hubungi kami:

 03-91453400 sambungan 3299.