WAD

Hospital Rehabilitasi Cheras mempunyai kapasiti 166 katil rasmi manakala katil operasi adalah sebanyak 132.  Kesemua katil tersebut diletakkan di dalam enam (6) buah wad yang beroperasi mengikut displin yang berlainan.

1. WAD 1A

Jumlah keseluruhan katil untuk wad 1A adalah 27 katil, dimana, wad 1A di bahagikan kepada 2 bahagian iaitu 1A Geriatrik (warga emas) ada 13 katil beroperasi manakala 1A Peads 8 katil beroperasi ( wad kanak – kanak ) , di mana wad ini di bawah pakar yang berlainan. Pada Julai 2022 Jumlah katil wad 1A Geriatrik telah dinaikan dari 10 katil ke 13 katil. Wad 1A Geriatrik  juga di kategori kepada semua kelas ke 3.

  • Katil wad terdiri dari kelas iaitu :
      • 1st class 2 bedded
      • 3rd  class kubikel male side 6 bedded
      • 3rd  class kubikel female side 6 bedded

  • katil wad 1A Peads terdiri daripada kelas :
      • 1st class 1 bedded
      • 1st class 2 bedded

2. WAD 1B

Wad 1B merupakan Wad Rehabilitasi Neurologi yang telah dibuka pada Julai 2012. Wad ini dilengkapi dengan 32 katil termasuk katil kelas pertama dan kelas ketiga untuk pesakit lelaki dan wanita. Kelas pertama mempunyai dua kategori termasuk empat bilik dua katil dan empat bilik katil bujang. Terdapat 20 katil di kelas ketiga.

  • Peruntukan katil untuk wad 1B terbahagi kepada kategori berikut:
      • 1st class 1 bedded
      • 1st class 2 bedded
      • 3rd class beds

3. WAD 1C

Perkhidmatan Rehabilitasi Spinal di Hospital Rehabilitasi Cheras telah bermula pada 11 September 2012 dan rawatan ini adalah berkonsepkan rawatan multidisiplin bertunjangkan pesakit dan keluarga pesakit.Perkhidmatan Rehabilitasi Spinal telah terbahagi kepada 2 sub-bahagian  iaitu Bahagian Pesakit Luar dan Bahagian Pesakit Dalam. Jumlah katil Wad 1C Unit Spinal adalah sebanyak 24 katil termasuk kelas pertama dan kelas ketiga bagi kedua-dua jantina.

  • Katil wad 1C terdiri dari kelas iaitu :
      • 1st class 1 bedded male/female side 
      • 1st class 2 bedded female side
      • 3rd class 4 katil female side
      • 3rd class 6 katil male side

4. WAD 2A

Unit Rehabilitasi Pediatrik menawarkan perkhidmatan pesakit luar dan pesakit dalam bagi kanak-kanak berlainan upaya dari usia bayi sehingga belia. Terdapat 2 wad yang disediakan untuk menempatkan pesakit pelbagai disiplin iaitu Wad 2A Pediatrik dan 1A Pediatrik. Wad 1A Pediatrik mula beroperasi pada Januari 2018 dan kini menempatkan sebanyak 8 katil kelas ketiga bagi pelbagai disiplin tanpa mengira jantina. Wad 2A Pediatrik mula beroperasi pada Januari 2013 dengan menempatkan sebanyak 12 katil.Jumlah keseluruhan wad 2A dan wad 1A adalah 20 katil termasuk kelas pertama dan kelas ketiga bagi kedua-dua jantina.

  • Katil wad 2A terdiri dari kelas iaitu :
      • 3rd class 4 bedded

5. WAD 2B

Wad 2B iaitu salah satu wad ‘Acquired Brain Injury’ (ABI) di Hospital Rehabilitasi Cheras telah mula beroperasi pada tahun 2013. Menempatkan pesakit yang mengalami kecederaan otak yang memerlukan rawatan pemulihan dan rehabilitasi. Rawatan rehabilitasi yang diberikan bertujuan mengembalikan pesakit kepada tahap kefungsian optimum dan merawat komplikasi-komplikasi daripadanya. Wad ini juga memberikan perkhidmatan kepada pesakit selepas peringkat akut sesuatu penyakit atau trauma. Kemudahan wad ini  termasuklah penjagaan, rawatan dan sokongan yang diperlukan untuk membolehkan pesakit berdikari. Terdapat 23 katil di dalam wad termasuk 9 katil utk kelas pertama yang berkelayakan dan 14 buah katil untuk kelas ketiga. Terdapat alatan yang cukup dan berfungsi dengan baik seperti ceiling hoist untuk pesakit menjalani rawatan dengan baik serta disediakan bilik pengasingan untuk diagnosis pesakit yang tertentu.

  • Katil wad 2B terdiri dari kelas iaitu :
      • 1st class 1 bedded
      • 1st class 2 bedded
      • 3rd class 4 bedded

6. WAD 2C

Bermula Ogos 2022 Wad 2C menjadi wad Multidisiplin yang mana menempatkan 3 disiplin iaitu Amputee/Muskuloskeletal, General Rehab dan Pulmonary Rehab Program (PRP). Jumlah katil wad 2C adalah sebanyak 26 katil termasuk kelas pertama dan kelas ketiga bagi kedua-dua jantina. 13 katil bagi disiplin Amputee/Muskuloskeletal manakala 13 katil lagi adalah untuk General Rehab dan PRP. 

  • Katil wad 2C terdiri dari kelas iaitu :
      • 1st class 1 bedded
      • 1st class 2 bedded
      • 3rd class 6 bedded

ANTARA CONTOH-CONTOH JENIS KELAS KATIL 

Kelas 1A - 1 bilik 1 katil
Kelas 1A/1C - 1 bilik 2 katil
Kelas 3 Katil 4/6/12 atau bergantung kepada keluasan wad

PINTU MASUK SETIAP WAD

Wad 1A
Wad 1B
Wad 1C
Wad 2A
Wad 2B
Wad 2C