KATA ALU-ALUAN PENGARAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Selamat datang saya ucapkan ke laman sesawang Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwata’ala kerana dengan limpah dan izinNya laman sesawang HRC dapat dibangunkan dengan matlamat sebagai salah satu wadah komunikasi tanpa sempadan dalam menyebarluas sumber informasi berkenaan perkhidmatan yang disediakan seperti profil, fungsi dan jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan di samping mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan HRC.

Dengan informasi menarik yang ditampilkan dalam laman sesawang ini serta maklumat yang dikemaskini secara berterusan pastinya akan memberikan keyakinan dan kebolehpercayaan setiap pelanggan terhadap kualiti perkhidmatan yang ditawarkan. Dalam era informasi tanpa sempadan ini, HRC amat menitikberatkan aspek ketepatan maklumat dan kemudahan dalam melayari laman sesawang ini justeru, saya amat mengalu-alukan sebarang input cadangan penambahbaikan bagi memudahkan pelanggan mengakses informasi berkenaan HRC di sini. 

Akhir kata, semoga laman sesawang ini akan memberi manfaat kepada pengunjung mendapatkan info yang terkini, tepat dan sahih di samping melengkapi usaha yang disalurkan oleh warga kerja HRC agar memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat diberikan demi kecemerlangan hospital. Selamat melayari Laman Web Rasmi Hospital Rehabilitasi Cheras.

Sekian, Wassalamualaikum W.B.T.

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

YBrs. Dr. Faizul Nizam bin Abu Salim
Pengarah
Hospital Rehabilitasi Cheras