Search
Search

UNIT MORTUARI

PENGENALAN

Unit Mortuari, Hospital Rehabilitasi Cheras bertanggungjawab menyediakan amalan yang berkualiti dan standard dalam penyampaian perkhidmatan pengurusan mayat.

LOKASI

Unit Mortuari terletak di aras LG berdekatan Jabatan Sajian hospital.

SKOP PERKHIDMATAN

  • Menerima dan mendaftar mayat di Rumah Mayat
  • Dokumentasi dalam Buku Pendaftaran Kematian.
  • Proses mengisi Borang Pengendalian Mayat
  • Proses untuk menyimpan mayat
  • Memastikan label pengenalan diletakkan pada pintu simpanan mayat sepadan dengan tag pengenalan mayat yang diletakkan pada mayat
  • Bertanggungjawab untuk mengeluarkan jenazah dari bilik mayat.

     

POLISI

Polisi Unit Mortuari hendaklah berpandukan kepada Polisi Am Hospital. Pada waktu pejabat, perkhidmatan jenazah akan dikendalikan oleh kakitangan forensik, manakala pada selepas waktu pejabat, Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas atas panggilan akan mengendalikan perkhidmatan jenazah.

Van Mayat dan Jenazah serta Unit Mortuari
Peti Mayat dan Tempat Mandi Jenazah
Pengurusan Jenazah Pesakit Covid-19
Pengurusan Jenazah Pesakit Covid-19
Pengurusan Jenazah Pesakit Covid-19