Search
Search

UNIT PENJAGAAN SPIRITUAL DAN HAL EHWAL ISLAM 

PENGENALAN

Unit Penjagaan Spiritual dan Hal Ehwal Islam merupakan salah satu Unit Sokongan Klinikal yang telah ditubuhkan di Hospital Rehabilitasi Cheras pada bulan September 2020. Unit ini merangkumi tiga seksyen utama iaitu Seksyen Spiritual dan Kesihatan, Seksyen Hospital Mesra Ibadah dan Seksyen Pengurusan Surau Al-Islah. Secara amnya unit ini bertanggungjawab untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kerohanian yang dijalankan di Hospital Rehabilitasi Cheras yang sebelum ini dijalankan secara berasingan oleh Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (Ibadah Friendly Hospital Committee/IFHoC) dan Jawatankuasa Surau Al-Islah. Selain itu, unit ini juga menyediakan perkhidmatan baharu di HRC yang merangkumi penyediaan perkhidmatan sokongan spiritual yang di integrasikan ke dalam perawatan rehabilitasi bagi pesakit/klien yang memerlukan. Perkhidmatan sokongan spiritual ini adalah disediakan bagi pesakit/klien yang beragama Islam dan bukan beragama Islam.


SKOP PERKHIDMATAN

Unit Penjagaan Spiritual & Hal Ehwal Islam (UPS &HEI) menyediakan perkhidmatan sokongan spiritual kepada pesakit, penjaga dan kakitangan Hospital Rehabilitasi Cheras yang dikategorikan kepada tiga aspek utama :

  1. Seksyen Spiritual Dan Kesihatan
  2. Program Hospital Mesra Ibadah : Bantuan Ibadah berdasarkan Fiqh Perubatan dan aktiviti kerohanian kepada kakitangan HRC
  3. Jawatankuasa Surau Al-Islah : menguruskan dan menjaga Surau Al-Islah dan surau – surau lain di HRC


FUNGSI UNIT

Unit Penjagaan Spiritual adalah bertanggung jawab untuk memberi perkhidmatan seperti yang tersenarai di bawah:

  1. Melaksanakan program dan aktiviti berkaitan Agama Islam bagi pesakit-pesakit dan kakitangan di Hospital Rehabilitasi Cheras.
  2. Memberi khidmat nasihat berkaitan kesihatan spiritual kepada pesakit dan kakitangan yang beragama Islam yang memerlukan. 
  3. Menyediakan artikel-artikel Agama Islam yang bersesuaian bagi kegunaan pesakit dan kakitangan HRC.
  4. Memberi panduan dan nasihat kepada pihak hospital dalam aspek berkaitan Agama Islam.
  5. Menguruskan aktiviti serta keperluan-keperluan di Surau Al-Islah, HRC termasuklah solat fardhu, solat Jumaat, dan ceramah agama bagi pesakit dan kakitangan.
  6. Bekerjasama dengan pihak-pihak luar seperti Jabatan Agama Negeri dan lain-lain dalam melaksanakan program berkaitan penjagaan kesihatan spiritual.
  7. Membantu menyediakan khidmat nasihat kesihatan spiritual kepada pesakit non-muslim yang memerlukan, secara “out sourcing” iaitu melalui kerjasama dengan NGO-NGO yang telah dilantik.


SEJARAH PENUBUHAN UNIT PENJAGAAN SPIRITUAL & HAL EHWAL ISLAM

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Program Tadarus Al-Quran & Majlis Khatam Al-Quran HRC
Penyerahan Pek Raya kepada kakitangan keselamatan
Projek Iftar Ramadhan Buat Kakitangan (Sokongan) Islam Dan Bukan Islam, HRC
ups time