UNIT KEMASUKAN PESAKIT
PENGENALAN
SKOP PERKHIDMATAN
1. Penerimaan/ Pengendalian Kes Kecemasan
2. Perkhidmatan Ambulan
3. Perkhidmatan pendaftaran kemasukan/ discaj Pesakit
KETERANGAN POLISI – (UNIT PRA KEMASUKAN PESAKIT)
1.Unit ini beroperasi sebagai Unit Kecemasan Dalaman/ Call Center & Ambulantori dan juga pendaftaran bagi kes kemasukan ke wad selepas waktu pejabat dan hari kelepasan am.
2.Waktu operasi bagi Unit 24 jam, tiga shif.
3.Hospital ini tidak menyediakan perkhidmatan kecemasan kepada pesakit luar. Walau bagaimanapun setiap kes kecemasan yang berlaku didalam kawasan hospital akan diaktifkan melalui unit ini (Code Blue).
4.Bagi kes-kes kecemasan yang berlaku selepas waktu pejabat (8.00am – 5.00pm), pihak hospital hendaklah menggunakan perkhidmatan “999” kecuali kes kecemasan yang melibatkan pesakit di dalam wad.
5.Bagi kes kecemasan yang melibatkan pesakit di dalam wad dan memerlukan penghantaran kes ke Hospital atau agensi lain, Penolong Pegawai Perubatan bertugas akan memanggil pemandu yang bertugas atas panggilan dengan segera.
6.Unit ini menyediakan perkhidmatan interfisiliti antara hospital/ agensi luar dengan sokongan tiga (3) buah Ambulans tahap ACLS.
7.Setiap permohonan ambulans dari Jabatan/ Unit/ Wad hendaklah mengisi Borang Permohonan Ambulans yang disediakan dengan 2 salinan, (1) salinan untuk disimpan di Unit ini dan (1) lagi untuk simpanan jabatan/ Unit/ Wad.
8.Permohonan hendaklah dihantar 2 hari sebelum tarikh sebenar, melainkan bagi kes kecemasan dikecualikan. Di dalam borang permohonan hendaklah ditandatangani oleh Pegawai Perubatan di Jabatan/ Wad/ Unit itu sahaja.
9.Bagi kes yang menglibatkan jarak perjalanan yang jauh, dua (2) pemandu akan disediakan bagi membawa ambulan (budi bicara), bertujuan untuk keselamatan pemandu dan juga penumpang.
10.Waris pesakit tidak dibenarkan menjadi penumpang di dalam ambulan kecuali waris pesakit kanak – kanak sahaja dibenarkan mengikut sebagai penumpang. Sekiranya Waris ingin menjadi penumpang ‘Surat Pelepasan Tanggungan’ akan diisi oleh waris bekenaan.
11.Bagi penghantaran kemasukan pesakit dari Klinik Pakar/ Perubatan rehabilitasi ke wad – wad boleh menghubungi unit ini untuk mendapatkan perkhidmatan ambulan.
12.Unit ini akan melakukan pendaftaran kemasukan/ discaj pesakit pada selepas waktu pejabat dan hari kelepasan am oleh Pen. Pegawai Perubatan/ Pembantu Tadbir (Hasil) yang bertugas luar waktu pejabat.
13.Pihak wad (Peg. Perubatan, ketua Jururawat & Jururawat) diharuskan memberitahu Pen.Peg.Perubatan yang bertugas sekiranya ada pesakit yang hendak didaftarkan selepas waktu kerja atau hari kelepasan/ am.
14.Setiap pesakit yang akan dimasukkan ke wad akan disaringkan terlebih dahulu Oleh Pen. Pegawai perubatan sekiranya pesakit stabil pesakit akan dihantar ke wad oleh Pembantu Perawatan kesihatan yang bertugas.
15.Sekiranya keadaan pesakit tidak stabil Pen. Peg. Perubatan yang bertugas akan memberitahu kepada Pegawai Perubatan Displin yang dirujuk atau Pegawai Perubatan “Oncall”, untuk pesakit dilihat/ diperiksa di unit ini.
16.Sekiranya pesakit perlu dirujuk ke Hospital/ Agensi lain akan dilakukan dari unit ini.
LOKASI
Unit Pra Kemasukan Pesakit
