
HRC adalah merupakan sebuah hospital kerajaan di bawah kelolaan KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan hanya menerima pesakit secara rujukan dari mana-mana institusi kesihatan yang berdaftar sahaja (kerajaan/swasta) melalui janji temu dan TIDAK SECARA “WALK IN”.
Bagi pesakit/waris yang ingin memohon slot janji temu, anda boleh mengisi maklumat yang betul dan lengkap dalam e-borang di bawah bagi memastikan permohonan janji temu anda diproses sebaiknya. Pihak hospital berhak untuk menolak permohonan yang tidak lengkap dan palsu tanpa sebarang justifikasi.
Pesakit/waris juga boleh menghantar e-mel yang mengandungi maklumat seperti di bawah ke temujanji.hrc@moh.gov.my