Search
Search

UNIT KESIHATAN AWAM

PENGENALAN

Unit Kesihatan Awam (UKA) mula beroperasi pada Mac 2014. Unit ini dianggotai oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) U32 dan U29 serta Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) U11. Unit ini ditubuhkan bagi merancang, menyelaras, memantau dan melaksanakan aktiviti-aktiviti Kesihatan Awam di dalam kawasan hospital. Unit Kesihatan Awam bertanggungjawab mengendalikan aktiviti-aktiviti seperti kawalan vektor, Kawalan Penyakit, Kawalan Hasil Tembakau dan keselamatan dan Kualiti Makanan di dapur hospital, kafe dan Hospimart serta aktiviti-aktiviti Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan seperti Audit Keselamatan dan saringan mantoux di kalangan anggota Hospital Rehabiliti Cheras.

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Menjalankan penyiasatan kes kesihatan awam dikalangan pekerja konsesi dan pekerja kesihatan.

2. Menjalankan pemantauan keselamatan & kebersihan Taska di Hospital Rehabilitasi Cheras.

3. Menjalankan pemantauan keselamatan & kebersihan premis makanan di dapur, kafe dan Hospimart serta gerai-gerai jualan makanan di lobi hospital.

4. Membuat persampelan makanan di dapur hospital & kafe hospital.

5. Menjalankan persampelan air tahunan di inlet, tangki dan outlet di Hospital Rehabilitasi Cheras.

6. Menjalankan aktiviti pemantauan nyamuk dan jentik-jentik di seluruh kawasan Hospital Rehabilitasi Cheras setiap minggu.

7. Menjalankan pemantauan fogging yang dijalankan oleh syarikat konsesi serta memastikan prosedur penyemburan kabus dijalankan dengan betul.

8. Menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan tahunan.

9. Menjalankan Penilaian Risiko Keselamatan dan kesihatan pekerjaan (HIRARC) di tempat kerja hospital.

10. Menjalankan aktiviti Communication for Behaviourial Impact (COMBI) di kuarters HRC.

AKTIVITI KESIHATAN AWAM

Pemantauan Jentik-Jentik Bersama Pengarah dan Pemeriksaan Audit Di UTR
Pemeriksaan Dapur HRC dan Persampelan Makanan Di Dapur HRC
Mesyuarat Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan dan Gotong- Royong COMBI Dengan Penduduk Kuartes
uka-time
uka-time