Search
Search

UNIT PERHUBUNGAN AWAM & PERPUSTAKAAN

PENGENALAN 

Unit Perhubungan Awam, Hospital Rehabilitasi Cheras telah ditubuhkan pada 23 Mac 2015 iaitu tiga (3) tahun selepas HRC beroperasi dengan seorang Pegawai Penerangan Kader dari Jabatan Penerangan Malaysia.  Sejak itu, operasi Unit Perhubungan Awam makin berkembang dengan memberi fokus utama sebagai penghubung antara pihak hospital dengan pelanggan/orang awam.

Pada Tahun 2016, Perpustakaan Hospital juga telah ditempatkan di bawah penyelarasan Unit Perhubungan Awam maka digabungkan menjadi Unit Perhubungan Awam dan Perpustakaan.

Unit Perpustakaan Hospital merupakan seliaan Unit Perhubungan Awam dengan seorang Pembantu Pustakawan Kader dari Perpustakaan Negara Malaysia. Lokasi Unit Perpustakaan adalah di tingkat satu bangunan utama Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) dan ia boleh mengisi kapasiti seramai 110 orang dalam satu-satu masa. Terdapat lebih kurang 500 jenis koleksi bahan bacaan yang tersedia yang terdiri daripada buku perubatan dan bukan perubatan termasuk 300 buah buku Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris melalui Perkhidmatan Pinjaman Berkelompok dari Perpustakaan Negara Malaysia. Keahlian adalah terbuka kepada semua kakitangan yang bekerja di bawah Hospital Rehabilitasi Cheras sahaja dan pendaftaran adalah percuma tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh perpustakaan. Kesemua pengguna berdaftar adalah layak untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan serta mendapat keutamaan dalam apa jua program yang dianjurkan oleh perpustakaan.

Perkhidmatan yang disediakan merangkumi:

  1. Perkhidmatan sirkulasi iaitu perkhidmatan pinjaman, pemulangan dan pembaharuan pinjaman.
  2. Perkhidmatan pinjaman antara Perpustakaan.
  3. Perkhidmatan rujukan dan perujukan meliputi pertanyaan rujukan, penyelidikan dan pencarian maklumat dari sumber perpustakaan dan pangkalan data.
  4. Pusat rujukan bagi perkhidmatan virtual library yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan perkhidmatan U-Pustaka oleh Perpustakaan Negara Malaysia.
  5. Pinjaman Bilik Perbincangan Dan Meja Belajar Carrel

 

OBJEKTIF:

  1. Memastikan agar Aduan Biasa dapat diselesaikan dalam masa tempoh lima belas (15) hari bekerja;
  2. Memastikan agar Aduan Kompleks dapat diselesaikan dalam masa tempoh tiga ratus enam puluh lima (365) hari bekerja;
  3. Sentiasa bersedia untuk memberikan khidmat nasihat berkaitan Pengurusan Majlis apabila diperlukan kepada Jabatan / Unit di HRC;
  4. Sentiasa menyediakan ruang yang sentiasa bersih, kemas dan selesa kepada pengunjung di Perpustakaan;
  5. Memastikan agar jumlah pengikut di Media Sosial Rasmi Facebook HRC meningkat kepada 10,000 pada tahun 2025.

 

PIAGAM PELANGGAN:

Iltizam kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi:

A. PERHUBUNGAN AWAM

  1. Sentiasa proaktif dan responsif terhadap keperluan semasa, di samping sentiasa teguh dalam menggalas amanah serta tanggungjawab yang diberikan.
  2. Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap, mesra dan sedia membantu mengikut lima (5) nilai Penjawat Awam iaitu H.E.M.A.T (H – Hijrah Tata Kelola, E – Empati Rakyat, M – Minda Pekin, A – Apresiasi Inovasi, T – Telus Tadbiran).
  3. Memastikan agar kesemua aduan yang diterima disiasat mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
 
B. PERPUSTAKAAN
  1. Menjadikan Perpustakaan sebagai Ruang Kerja / Belajar yang selesa, interaktif dan menarik.
  2. Sentiasa mencipta program dan aktiviti yang menarik bagi meningkatkan lebih ramai lagi pengunjung ke Perpustakaan.
  3. Sentiasa dalam keadaan bersedia untuk membantu Pelanggan apabila diperlukan.

 

SKOP TUGAS

Tugas-tugas sebagai seorang Pegawai Perhubungan Awam yang merupakan selaku Ketua Unit dapat dilaksanakan secara professional dengan fungsi utama Unit Perhubungan Awam & Perpustakaan seperti berikut:

  1. Menguruskan maklum balas hospital seperti aduan, penghargaan, pertanyaan dan cadangan yang dikemukakan oleh pelanggan, kakitangan dan pemegang taruh.
  2. Menyelaras lawatan dari dalam dan luar negara.
  3. Menyelaras perhubungan bersama media.
  4. Menguruskan media dan publisiti hospital melalui medium media konvensional dan media sosial.
  5. Menyelaras permohonan penggambaran oleh produksi dalam dan luar negara.
  6. Memberikan khidmat nasihat berkaitan pengurusan acara dan bahagian protokol untuk acara rasmi hospital.
  7. Menyelaras Ahli Lembaga Pelawat Hospital yang dilantik oleh Menteri Kesihatan Malaysia.
  8. Menyelia Pegawai Khidmat Pelangann (Kaunter Khidmat Pelanggan dan Telefonis).
  9. Menyelia Perpustakaan Hospital.
  10. Menyelaras hebahan melalui siar raya, emel dan WhatsApp Group Rasmi Hospital.
  11. Mentadbir urus publisiti demi meningkatkan imej dan jenama hospital.
  12. Menyelaras Jurugambar Rasmi dan Pengacara Majlis Rasmi Hospital
  13. Bahan Promosi Hospital seperti majalah eBuletin HRC – Hello Rehab.

 

INFO BERKAITAN PERKHIDMATAN UNIT PERHUBUNGAN AWAM & PERPUSTAKAAN

Kakitangan Unit Perhubungan Awam dan Perpustakaan terdiri daripada:

  1. Ketua Unit – Seorang Pegawai Penerangan S9
  2. Pembantu Perpustakaan – Seorang Pembantu Perpustakaan S1
  3. Pegawai Khidmat Pelanggan – Empat orang MySTEP

 

 

Motto: “PROactive, PROficient & PROminent”

PROactive – Berhasrat untuk menghasilkan sesuatu pekerjaan dengan hasil yang terbaik dan sentiasa menyelesaikan sesuatu perkara dengan pantas dan cekap.

PROficient – Sangat mahir dan berpengalaman dalam melakukan sesuatu perkara di bawah skop tugas yang ditanggungjawabkan.

PROminent – Sentiasa keterhadapan dan kekal relevan dalam apa jua perkara yang dilakukan.

 

pro call