Search
Search

UNIT PEROLEHAN, ASET DAN STOR

PENGENALAN

Unit Perolehan bertanggungjawab memastikan semua urusan berkaitan perolehan di Hospital Rehabilitasi Cheras dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus baik (good governance practices) dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan seperti berikut :

  • Akauntabiliti Awam – Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
  • Diuruskan Secara Telus – Semua dasar, peraturan dan proses perolehan yang dilaksanakan hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum serta mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
  • Nilai Faedah Yang Terbaik – Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.
  • Saingan Terbuka – Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada semua pihak yang layak bersaing.
  • Adil dan Saksama – Sesuatu perolehan itu hendaklah dipelawa, diproses dan dipertimbangkan dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan.
perolehan-3
Tawaran Sebutharga atau Tender
perolehan-1
Audit Perolehan Darurat
perolehan-call
perolehan-call