Search
Search

UNIT PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

PENGENALAN

Unit Perkembangan Perkhidmatan Perubatan atau nama lain bagi unit ini Medical Development Services Unit (MDSU) HRC merupakan sebuah unit yang baru ditubuhkan secara rasminya pada November 2023. Unit ini secara amnya bertanggungjawab untuk membantu merancang, memantau, menyelaras, menyelia dan menguruskan hal – hal yang berkaitan dengan sistem pengoperasian dan pemberian perkhidmatan perubatan di Hospital Rehabilitasi Cheras. Secara tidak langsung unit ini juga membantu Pengurusan Tertinggi  HRC dalam tadbir urus klinikal ( Clinical Governance) di Hospital Rehabilitasi Cheras.

 

PROFIL UNIT

Unit Perkembangan Perkhidmatan Perubatan HRC adalah bertanggungjawab dalam pengurusan portfolio seperti yang tertera di bawah:

  1. MEDICAL PROGRAMME INFORMATION SYSTEM (MPIS)
  2. SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)
  3. CASEMIX HRC
  4. KLUSTER KKV2 ( HKL, HOSP. AMPANG, HTA, IPR, HOAG & HRC)
  5. PEMANTAUAN HOSPITAL
  6. MEDIKOLEGAL & ETIKA PERUBATAN
  7. CONTINUOUS MEDICAL EDUCATION (CME)
  8. PENYELARAS UNIT RAWATAN HARIAN (DAYCARE)
  9. OUTSOURCING & NETWORKING
  10. HALA TUJU
  11. POLISI HOSPITAL

 

DESKRIPSI KERJA

MEDICAL PROGRAMME INFORMATION SYSTEM (MPIS) 

  • Menghantar data Facility 360 setiap 3 bulan kepada KKM
  • Menyelaras serta menerapkan secara berkala proses transisi ke sistem digital melalui sistem MPIS di setiap jabatan/unit
  • Bekerjasama bersama Bahagian Perkembangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam proses penerapan sistem MPIS di Hospital Rehabilitasi Cheras
  • Memberi latihan kepada kakitangan HRC mengenai penggunaan sistem MPIS
  • Melantik ahli jawatankuasa MPIS
  • Mengadakan mesyuarat MPIS sebanyak 2 kali setahun

 

SEKOLAH DALAM HOSPITAL (SDH)

  • Memastikan pembelajaran pelajar tidak terjejas ketika berada di wad, tidak tercicir dalam pelajaran dan terus dipelihara selaras dengan matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  untuk memberikan Pendidikan kepada semua pelajar.
  • Bekerjasama bersama KPM dan pertubuhan bukan kerajaan dalam menyediakan pendidikan yang formal dan berstruktur di dalam persekitaran yang kondusif secara santai (fun learning) bagi murid yang sedang dirawat di hospital.
  • Menyediakan pendidikan di hospital bagi murid yang sakit melalui pelbagai pendekatan sebagai satu bentuk terapi.
  • Menyediakan pendidikan kepada semua peringkat umur persekolahan tanpa mengira batasan tempat dan keadaan.
  • Menyokong dan memberi rangsangan kepada murid untuk meneruskan pembelajaran supaya tidak tercicir di dalam pelajaran

CASEMIX 

  • Menjadi rujukan utama di peringkat Hospital untuk prosedur dokumentasi klinikal dan koding
  • Menjalankan Audit Ketepatan dan Kesempurnaan Dokumentasi Klinikal dan Ketepatan Kod ICD-10/ ICD-11
  • Menjana data dari aplikasi MyCMX  dan menyediakan Laporan Tahunan Casemix Hospital
  • Memberi kesedaran dan pengetahuan Sistem Casemix dan MyCMX  kepada semua warga hospital
  • Menjalankan latihan Sistem Casemix secara berterusan
  • Urusetia Jawatankuasa Teknikal Casemix Hospital
  • Menjana dan menganalisa maklumat klinikal serta kos perawatan pesakit dari aplikasi MyCMX  dan menggunakan data tersebut untuk mencapai perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan agihan sumber kesihatan yang telus, efisien dan mampat
  • Menyelaras kemasukan data klinikal dan data kewangan ke dalam Aplikasi MyCMX
  • Memastikan ketepatan dan kesempurnaan data klinikal dan kewangan yang dimasukkan ke dalam aplikasi MyCMX
  • Mengadakan mesyuarat jawatankuasa sekurangnya sekali setahun

KLUSTER

  • Berkongsi sumber dan fasiliti antara hospital kluster seperti perkhidmatan kepakaran/subkepakaran dan alatan perubatan
  • Mengurangkan kesesakan di hospital-hospital awam dalam daerah Lembah Klang
  • Meningkatkan penggunaan semua fasiliti Jabatan Perubatan di seluruh hospital kluster
  • Meningkatkan penggunaan semua fasiliti Jabatan Patologi dan Jabatan Radiologi di seluruh hospital kluster.
  • Meningkatkan keberkesanan pengurusan dan perbelanjaan Jabatan Farmasi di seluruh hospital kluster.
  • Berusaha mencapai sistem pentadbiran dan kewangan hospital kluster yang efisien
  • Meningkatkan keberkesanan pentadbiran kewangan di seluruh hospital kluster

PEMANTAUAN HOSPITAL

  • Menjadi penghubung antara Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (JKWPKL) dan JPR HRC 
  • Mengatur dan menyelaras proses audit JKWPKL di wad-wad HRC mengikut jadual JKWPKL
  • Memastikan wad/jabatan/unit yang terlibat menyiapkan dokumentasi yang diperlukan bagi proses audit
  • Menyampaikan maklum balas dari JKWPKL ke wad/jabatan/unit yang berkaitan

MEDIKOLEGAL & ETIKA PERUBATAN

  • Terlibat secara langsung dalam pengurusan aduan yang melibatkan kecuaian klinikal di HRC
  • Memberikan khidmat nasihat, menerima dan menyiasat aduan yang melibatkan kecuaian klinikal, 
  • Menyelaras dan menguruskan siasatan aduan, 
  • Menganalisa dan menyalurkan hasil siasatan ke pengurusan tertinggi untuk tindakan selanjutnya.
  • Menjadi tempat rujukan bagi mana-mana kakitangan kesihatan yang memerlukan nasihat perundangan terutama berkaitan amalam perubatan

CONTINUOUS MEDICAL EDUCATION (CME)

  • Mengkoordinasi program CME setiap 2 minggu
  • Berhubung dengan jabatan/unit yang dijadualkan untuk menyampaikan CME 1 bulan sebelum untuk mengkonfirmasikan mengenai tajuk CME, penyampai CME serta  juru acara pada hari tersebut
  • Mengadakan mesyuarat bersama penyelaras mengenai jadual CME untuk tahun seterusnya

PENYELARASAN UNIT RAWATAN HARIAN (DAYCARE)

  • Membantu dan menyelaras penubuhan Unit Rawatan Harian di Hospital Rehabilitasi Cheras

OUTSOURCING/NETWORKING

  • Berhubung dengan hospital lain untuk urusan koordinasi fasiliti kesihatan yang sistematik, menyeluruh dan bersepadu bagi memastikan perkhidmatan perubatan yang berkualiti diberikan kepada pesakit.

AKTIVITI-AKTIVITI UNIT PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN PERUBATAN

Program Audit Casemix tahunan peringkat hospitalPengenalan MEDICAL PROGRAMME INFORMATION SYSTEM (MPIS) 
Sesi Continous Medical Education (CME) bulanan peringkat hospitalLawatan Pemantauan Hospital oleh Unit Pengurusan Hospital, JKWPKL&P
Audit Pemantauan Hospital Ke Klinik Pakar Spinal HRCLawatan ke Sekolah Dalam Hospital (SDH) ke Hospital Sultan Idris Shah