Search
Search

UNIT KEWANGAN

PENGENALAN

Fungsi utama Unit Kewangan ialah memberi perkhidmatan dalam bidang kewangan dan pengurusan hasil di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC). Fungsi Unit ini termasuk menyelengara belanjawan seperti menyediakan Anggaran Belanjawan Mengurus dan Pembangunan HRC. Bahagian ini diketuai oleh seorang Penolong Akauntan W6 dibantu seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) Kanan W2, serta 10 orang Pembantu Tadbir yang bertanggungjawab untuk tugas-tugas berikut:


1. Pembayaran gaji dan emolumen, KWSP termasuk perubahan dan potongan gaji.

2. Pembayaran Pesanan Kerajaan (ePerolehan).

3. Arahan Pembayaran iGFMAS (tuntutan, bil-bil).

4. Pembayaran untuk perkhidmatan kontrak Kerajaan

5. Menguruskan pinjaman kerajaan bagi komputer, kenderaan dan perumahan.

Bahagian ini juga berperanan untuk mengurus segala kutipan hasil kerajaan dari pelbagai sumber seperti kutipan bayaran pesakit dalam, pesakit luar, bayaran laporan perubatan, deposit dan pelbagai bayaran yang dibenarkan dikutip di peringkat hospital dibawah pengurusan Hasil.


SKOP PERKHIDMATAN

1. Pembayaran diproses dalam tempoh 14 hari bagi semua jenis bil dan tuntutan selepas dokumen diterima lengkap dan sempurna, bagi sekurang-kurangnya 95% daripada bil/ invois yang diterima;

2. Memastikan gaji berkomputer diterima oleh semua anggota di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) mengikut jadual yang ditetapkan;

3. Memastikan pengurusan kutipan hasil yang teratur dan kutipan dibankkan pada hari yang sama/ keesokannya.


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN :-

A. PENGURUSAN KEWANGAN & AKAUN

i. Menguruskan hal-hal berkaitan kewangan seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan;

ii. Mengurus Penyediaan Laporan Anggaran Belanja Mengurus termasuk Semakan Pertengahan Tahunan Anggaran Belanja Mengurus (Mid Term Review) kepada JKWPKL & P dan Kementerian Kesihatan Malaysia;

iii. Mengurus pembayaran Belanja Mengurus (B42), Belanja Pembangunan (P42), akuan terima Waran Peruntukan dan memproses Pindah Peruntukan (virement);

iv. Menyediakan dan mengemukakan laporan pengurusan vot/ dana, laporan prestasi keseluruhan bil dan pelaporan-pelaporan lain ke Pejabat Perakaunan

v. Menyediakan laporan perbelanjaan suku tahun kepada JKWPKL & P merangkap Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA).

vi. Menguruskan pembayaran secara elektronik melalui sistem iGFMAS bagi Bil-Bil, Perkhidmatan Kontrak Kerajaan, Tuntutan serta Elaun-Elaun dalam Perkhidmatan Awam.

vii. Bertanggungjawab mengurus Pembayaran Gaji dan Elaun kakitangan hospital termasuk menyediakan Perubahan Gaji, menyemak dan mengunci masuk ke dalam sistem gaji-SAP-Gui HCM.


B. PENGURUSAN HASIL

i. Urusan Pendaftaran Pesakit Luar (Fast Lane)

Sejajar dengan perkembangan teknologi, Seksyen Hasil HRC telah memperkenalkan sistem pendaftaran baharu kaunter “Fast Lane”. yang dikhaskan kepada golongan Orang Kelainan  Upaya (OKU), Pesara Kerajaan dan Warga Emas (berumur 60 tahun dan ke atas). Pesakit hanya perlu mengimbas kod bar (barcode) yang dilekatkan pada buku temujanji sahaja. Ini dapat memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran di kaunter.

ii. Urusan Pendaftaran Pesakit Luar

Pesakit membuat pendaftaran RM1 di kaunter hasil sebelum ke klinik Pakar bagi mendapatkan rawatan di Klinik Perubatan Tradisional dan komplimentari (TC&M) dan pendaftaran RM5 bagi mendapatkan rawatan di Jabatan Perubatan Rehabilitasi.

iii. Urusan Pendaftaran Kemasukan Pesakit Dalam

Pesakit dikehendaki membayar wang deposit RM 20.00 bagi Kelas tiga (3), dan RM 1,050.00 bagi Kelas satu (1). Pengecualiaan diberikan kepada Pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU), Kad Pesara Kerajaan, e-GL bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Negeri (PAN), dan Pihak Berkuasa Berkanun.

iv. Menerima segala kutipan hasil seperti :

  • Deposit kemasukan ke wad dan bayaran bil
  • Bayaran Laporan Perubatan
  • Bayaran Sewa Premis
  • Bayaran Balik Gaji dan Emolumen Kakitangan
  • Bayaran Balik kuaters/ asrama
  • Menyediakan perkhidmatan pembayaran secara tunai/ bank draft/wang pos/ kiriman wang
  • Mengembalikan baki wang cagaran kepada pesakit/waris.
  • Menerima dan mengendalikan Surat Jaminan Pesakit yang diterima melalui faks / pos dan emel.

v. Penyediaan pelaporan kutipan Bulanan dan Tahunan hasil

vi. Penyediaan pelaporan Pengurusan Tunggakan Hasil.

kewangan-call
kewangan-call