Search
Search

UNIT KESELAMATAN

 

PENGENALAN

Unit Keselamatan merupakan unit di bawah Bahagian Pengurusan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC). Unit ini mula ditubuhkan pada 15 Julai 2013 dimana ia diwujudkan bagi menyediakan satu sistem kerja yang komprehensif dan selamat bagi melindungi Keselamatan Fizikal, Keselamatan Dokumen dan Keselamatan Peribadi. Unit Keselamatan juga dibantu oleh syarikat kawalan keselamatan swasta yang menjalankan kerja-kerja kawalan keselamatan pesakit, kakitangan dan pelawat yang berada di dalam kawasan hospital, kawalan keselamatan lalu lintas dan juga menjaga aset-aset kerajaan.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

1. Memberi khidmat nasihat didalam sistem Pengurusan Keselamatan Perlindungan supaya berketepatan dengan Arahan Keselamatan dan Akta Rahsia Rasmi 1972.

2. Menyediakan kawalan keselamatan (24 jam) bagi memastikan keselamatan hospital (pesakit, kakitangan dan orang awam) berada dalam keadaan selamat dan terhindar daripada sebarang risiko.

3. Mengeluarkan kad Pengenalan Jabatan dan kad akses kepada kakitangan baharu melaporkan diri di HRC.

4. Mengadakan rondaan dan kawalan perimeter bagi memastikan aset-aset kerajaan di dalam kawasan hospital dilindungi dan tidak terdedah kepada sebarang ancaman keselamatan.

AKTIVITI UNIT KESELAMATAN

Aktiviti Pemeriksaan Kakitangan Selian Di Bawah Unit Keselamatan
keselamatan-calltmetable