UNIT KEJURURAWATAN
PENGENALAN
Unit Kejururawatan telah ditubuhkan sejak awal tahun 2012 iaitu sebelum HRC mula beroperasi bagi memberi perawatan kepada pesakit. Unit ini terdiri daripada Seorang Ketua Penyelia Jururawat U9, dibantu oleh 2 orang Penyelia Jururawat U6, 20 Ketua Jururawat U6 serta 21 orang Jururawat KUP/TBK U5/U6 dan 305 orang Jururawat Gred U5 ditempatkan di wad-wad, klinik-klinik dan unit-unit khas seperti Unit Psikologi Kaunseling, Unit Pendidikan Kesihatan, Unit Traditional Complimentary Medicine (TCM), Unit Kualiti, Unit Kawalan Infeksi, Program Pemulihan Jantung, Unit Rawatan Harian, dan Unit Pensterilan (CSSU). Terdapat 13 orang Jururawat Masyarakat U1 (JM) ditempatkan di klinik pakar dan unit-unit manakala 3 orang JM yang selebihnya ditempatkan di Hospital Putrajaya.
Unit ini bertanggungjawab dalam merancang, memberi kursus, mengelola dan mengawal selia anggota jururawat di HRC bagi melahirkan anggota yang cekap, kompeten dan berkaliber untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit yang kurang upaya (OKU). Pemantauan akan dilakukan oleh Penyelia Jururawat dan Ketua Jururawat Wad / Klinik / Unit secara berterusan dan konsisten setiap hari.
PIAGAM PELANGGAN UNIT KEJURURAWATAN
i. Setiap pesakit di hospital akan diberikan perawatan dan perkhidmatan rehabilitasi yang berkualiti.
ii. Semua maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang dijalankan keatas pesakit adalah dirahsiakan.
iii. Semua Jururawat perlu mematuhi Etika dan Amalan Kejururawatan dalam menjalankan perawatan kepada pesakit.
PROGRAM / AKTIVITI
