UNIT PSIKOLOGI KAUNSELING
PENGENALAN
Unit Psikologi Kaunseling telah dimulakan di Hospital Rehabilitasi Cheras pada bulan Ogos tahun 2012 dengan matlamat menawarkan satu persekitaran sokongan dan bantuan sewajarnya kepada pesakit dan penjaga pesakit untuk menjaga kestabilan emosi dan mental yang menekankan aspek pencegahan, pembangunan dan pemulihan.
Kaunseling Rehabilitasi adalah satu proses dimana kaunselor bekerjasama dengan klien/ pesakit untuk memahami kewujudan masalah yang dihadapi, batasan dan potensi yang ada pada setiap klien.
Komitmen kepada Perkhidmatan Kaunseling Rehabilitasi menekankan perkhidmatan yang bersepadu, komprehensif dan berstruktur.
Prosedur ini dilaksanakan oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) bertauliah berdasarkan akta 580 Lembaga Kaunselor Malaysia.
DEFINASI
The Commission on Rehabilitation Counselor Certification menjelaskan kaunseling rehabilitasi adalah satu proses membantu klien dari aspek fizikal, mental, perkembangan, kognitif dan ketidakupayaan emosi untuk mencapai keperibadian, kerjaya, matlamat hidup berdikari serta sistem sokongan sepanjang sesi kaunseling dijalankan.
Proses kaunseling meliputi komunikasi, penetapan matlamat dan perkembangan kendiri serta berubah melalui self-advocacy, psikologi, vokasional, sosial, dan tingkah laku .(Leahy, 1996, pp. 28-29).
Perkhidmatan Kaunseling diberikan kepada klien yang terdiri daripada pesakit, waris/ penjaga, warga kerja dan keluarga yang dirujuk oleh Pakar Perubatan Pegawai Perubatan, Ketua Jabatan/Ketua Unit atau rujukan program.
Perkhidmatan yang diberi merangkumi:
1. Aplikasi Psikologi Dalam Intervensi
2. Aplikasi Psikologi Dalam Penilaian Personel
3. Aplikasi Psikologi Dalam Pembangunan Personel
4. Aplikasi Penyelidikan Psikologi
BEBERAPA SALAH FAHAM UMUM MASYARAKAT YANG MENYEBABKAN KESUKARAN MENDAPATKAN INTERVENSI PSIKOLOGI KAUNSELING
- Salah Faham tentang tekanan/ Penyakit mental
- • Hanya berlaku kepada orang yang lemah imannya
- • Sekadar inginkan perhatian
- • Tanda tidak cukup positif
- • Memalukan
- • Gil*, tidak waras, berbahaya, berjangkit
- • Tidak boleh sembuh
- • Doktor hanya bagi ubat penenang
- Salah Faham tentang perkhidmatan kaunseling
- • Kaunseling adalah nasihat
- • Hubungan kaunseling hanya sehala
- • Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia (klien)
- • Kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup
- • Berjumpa kaunselor akan menjejaskan rekod perkhidmatan
PIAGAM PELANGGAN
OBJEKTIF KUALITI
1. Memastikan 90% kes baharu diberi maklumbalas (Respond Time) dalam tempoh 3 hari bekerja mulai dari tarikh borang rujukan yang lengkap diterima.
2. Memastikan 100% Pegawai Psikologi berjaya mengumpul 20 mata Program Perkembangan Berterusan (CPD) dalam tempoh dua (2) tahun sepanjang tempoh sahlaku Sijil Perakuan Amalan Dwi Tahunan.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
