Search
Search

JABATAN PERUBATAN REHABILITASI

PENGENALAN

Jabatan Perubatan Rehabilitasi merupakan jabatan yang menyediakan perkhidmatan rehabilitasi perubatan kepada pesakit luar dan dalam di Hospital Rehabilitasi Cheras. Jabatan ini diketuai oleh Dr Yusniza binti Mohd Yusoff, selaku Ketua Jabatan Perubatan Pemulihan, bersama 15 orang pakar rehabilitasi yang mempunyai sub-kepakaran masing-masing. 

Matlamat jabatan ini adalah memberi perubatan rehabilitasi bagi mengoptimumkan fungsi dan mengurangkan ketidakupayaan pada individu yang mempunyai masalah kesihatan selaras dengan persekitaran mereka.

Melalui pelbagai perkhidmatan klinikal, jabatan ini menyediakan penilaian pemulihan, diagnosis dan plan rehabilitasi untuk semua peringkat umur.

Terdapat lapan (8) unit klinikal iaitu:

  • Unit Rehabilitasi Neurologi
  • Unit Rehabilitasi Acquired Brain Injury
  • Unit Rehabilitasi Kecederaan Spinal
  • Unit Rehabilitasi Amputee & Muskuloskeletal
  • Unit Rehabilitasi Pediatrik
  • Unit Rehabilitasi Geriatrik
  • Program Rehabilitasi Jantung
  • Unit Rehabilitasi Am

     

Bagi memastikan pesakit menerima program rehabilitasi yang menyeluruh, jabatan ini juga dilengkapi dengan enam (6) lagi unit yang berperanan penting dalam program rehabilitasi iaitu:-

 

  • Unit Fisioterapi
  • Unit Pemulihan Carakerja
  • Unit Terapi Pertuturan
  • Unit Audiologi
  • Unit Teknologi Rehabilitasi 
  • Unit Psikologi Klinikal 
  • Unit Rawatan Harian

     

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN :

Aktiviti pesakit di wad
Aktiviti pesakit di wad hujung minggu
Aktiviti pesakit di wad hujung minggu
Interdisiplinary grand ward round di wad
Aktiviti senaman outdoor berkumpulan
Patient Education talk