Search
Search

JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN

PENGENALAN

Jabatan Dietetik dan Sajian adalah jabatan di bawah sokongan klinikal di Hospital Rehabilitasi Cheras. Perkhidmatan yang disediakan adalah Perkhidmatan Dietetik Klinikal dan Perkhidmatan Sajian. Perkhidmatan Dietetik Klinikal dilaksanakan oleh Pegawai Dietetik manakala Perkhidmatan Sajian dilaksanakan oleh Pegawai Penyediaan Makanan di bawah pemantauan Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian. Jabatan ini beroperasi mematuhi Akta Makanan 1983, Akta Keselamatan 1983, dan Akta Kebersihan dan Keselamatan 2009.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan ini adalah Perkhidmatan Dietetik Klinikal, Perkhidmatan Dietetik Komuniti, dan Pengurusan Perkhidmatan Makanan.

Bilangan anggota di Jabatan ini adalah seramai 25 orang

  • Diketuai Pegawai Dietetik U10
  • Pegawai Dietetik U9
  • Pegawai Penyediaan Makanan C10
  • Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C6/C5
  • Pembantu Penyediaan Makanan N1
  • Pembantu Perawatan Kesihatan U1
jds timecall
jds timecall