UNIT REHABILITASI GERIATRIK
PENGENALAN
Perkhidmatan rehabilitasi geriatrik di Hospital Rehabilitasi Cheras telah beroperasi sejak 2 September 2014. Perkhidmatan yang disediakan meliputi perkhidmatan pesakit dalam iaitu di Wad 1A dan perkhidmatan pesakit luar – klinik geriatrik. Perkhidmatan rehabilitasi geriatrik di Wad 1A ini menerima pesakit sehingga maksima 10 orang pesakit dalam satu masa mengikut jumlah katil yang disediakan. Perkhidmatan ini diberikan kepada individu wargaemas yang berusia lebih 60 tahun yang menghidapi masalah ‘deconditioning’ disebabkan penyakit medical, surgery ataupun ortopedik. Kebanyakkan pesakit ini dirujuk dari Hospital Kuala Lumpur dan juga hospital kerajaan atau swasta di sekitar Lembah Klang. Pelan Rehabilitasi Interdisplin akan dilaksanakan dalam jangkamasa 5 hari kemasukan pesakit ke wad. Pelbagai perkhidmatan khusus berkaitan rehabilitasi geriatrik telah diwujudkan untuk memberikan perkhidmatan dan rawatan pemulihan yang berkualiti serta bertepatan kepada pelanggan yang kurang upaya dari segi fizikal atau kognitif. Mewujudkan perawatan secara holistik kepada pelanggan merangkumi keperluan fizikal, rohani, psikologi dan sosial. Unit geriatric ini juga diwujudkan untuk membantu memperkasakan ahli keluarga dan penjaga kepada para pesakit warga emas daripada segi mental dan fizikal bagi membolehkan pesakit dapat dijaga dengan rapi setelah pulang ke rumah atau rumah jagaan.
