UNIT FISIOTERAPI
PENGENALAN
APAKAH FUNGSI FISIOTERAPI?
Fisioterapi adalah satu profesion yang menjaga kesihatan dengan menilai, mengembalikan dan / atau mengekalkan fungsi fizikal sedia ada.
Fisioterapi juga terlibat dalam promosi kesihatan, pencegahan kecederaan dan rawatan pemulihan.
Matlamat fisioterapi adalah untuk memulih, meningkatkan atau mengekalkan tahap fungsi fizikal pesakit.
BAGAIMANA FISIOTERAPI BOLEH MEMBANTU?
Ahli fisioterapi membantu pesakit dalam pergerakan dan ketidakupayaan disebabkan oleh penuaan, kecederaan atau penyakit.
Ini dicapai melalui:
- Mengenal pasti punca masalah dan memberi perawatan secara langsung.
- Mengenal pasti punca dan faktor penyebab dan melaksanakan langkah-langkah pembetulan atau pencegahan.
- Menyediakan program-program pemulihan dan nasihat professional.
- Memberikan nasihat tentang penggunaan peralatan khas dan alat alat bantuan yang diperlukan.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
- PEMULIHAN MUSKULOKELETAL
- Kecederaan sukan
- Trauma dan ortopedik
- Sakit kronik
- PEMULIHAN NEUROLOGIKAL
- Stroke/Angin Ahmar
- Kecederaan otak trauma
- Gangguan vestibular dan keseimbangan
- PEMULIHAN PEDIATRIK (KANAK-KANAK)
- Kanak-kanak dengan masalah perkembangan
- Pengubahsuaian fungsi akibat kecacatan semulajadi atau semenjak lahir
- PEMULIHAN AMPUTASI
- Anggota Tangan
- Anggota Kaki
- HIDROTERAPI
- Pediatrik (Kanak-kanak)
- Orang dewasa (Kes-kes bersesuaian)
- PEMULIHAN KECEDERAAN SARAF TUNJANG
- Tetraplegia
- Paraplegia
- PERAWATAN PEMULIHAN JANTUNG
- Program Rehabilitasi Jantung
- PEMULIHAN PERNAFASAN
- Kes perubatan
- Orang dewasa (Kes-kes bersesuaian)
AKTIVITI UNIT
