JABATAN FARMASI
PENGENALAN
Jabatan Farmasi Hospital Rehabilitasi Cheras ditubuhkan bagi menyediakan perkhidmatan farmaseutikal yang optimum untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan khususnya pesakit rehabilitasi dan juga anggota HRC. Jabatan ini terbahagi kepada 5 unit iaitu Farmasi Klinik Pakar, Farmasi Pesakit Dalam, Farmasi Logistik, Farmasi Wad dan Pusat Maklumat Ubat. Unit Galenikal dan Farmasi Satelit adalah di bawah Farmasi Pesakit Dalam. Anggota Jabatan Farmasi adalah terdiri daripada Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Tadbir, Pembantu Perawatan Kesihatan dan juga Pembantu Awam. Jabatan Farmasi mula beroperasi pada tahun 2012 dan kini mempunyai seramai 38 orang anggota.
PERKHIDMATAN UTAMA YANG DISEDIAKAN

1. FARMASI KLINIK PAKAR
Membekalkan ubat yang berkualiti dan selamat kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Pakar HRC. Turut menawarkan ‘Value Added Services’ bagi kemudahan pesakit seperti Perkhidmatan MyUBAT (Ubat Melalui Pos dan Ubat Melalui Kaunter) di url: https://myubat.pharmacy.gov.my dan Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB).
2. FARMASI LOGISTIK
Menguruskan perolehan ubat, bukan ubat, reagen dan gas perubatan bagi HRC.
3. PUSAT MAKLUMAT UBAT
Membekalkan maklumat berkaitan ubat- ubatan kepada pesakit dan anggota kesihatan yang lain.
4. FARMASI WAD (KLINIKAL)
Perkhidmatan ini melibatkan Pegawai Farmasi yang bekerjasama dengan anggota kesihatan yang lain bagi memastikan penjagaan farmaseutikal yang optima diterima oleh pesakit dalam wad di HRC.
5. FARMASI PESAKIT DALAM
Membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit dalam melalui sistem Unit Dos (UDS), stok wad dan juga ubat discaj.
