Search
Search

UNIT PERGIGIAN PENJAGAAN KHAS

PENGENALAN

Klinik Pergigian Penjagaan Khas (sebelum ini dikenali sebagai Klinik Pergigian Keperluan Khas) telah memulakan perkhidmatan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) pada tahun 2015 sebagai salah satu perkhidmatan sokongan klinikal. Perkhidmatan yang diberikan meliputi rawatan pergigian ke atas pesakit-pesakit HRC yang memerlukan rawatan sama ada semasa mereka berada di dalam wad atau sebagai pesakit luar. Walaupun secara umumnya perkhidmatan pergigian penjagaan khas di dalam Kementerian Kesihatan Malaysia hanya merawat pesakit yang berumur 16 tahun dan ke atas, namun di HRC, pesakit kanak-kanak turut diberi rawatan pergigian. Walaubagaimanapun, mereka mungkin terpaksa dirujuk kepada Pakar Pergigian Pediatrik di hospital lain sekiranya perlu. Ini adalah untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan selesa, di samping mengelakkan kesihatan mulut pesakit terabai.

 

Bilik Rawatan Pergigian
Kategori Pesakit yang Dirawat di Unit Pergigian Penjagaan Khas
Contoh Gigi Palsu

Rawatan pergigian yang dijalankan termasuklah:

  • Konsultansi, pemeriksaan dan diagnosis pergigian
  • Perkhidmatan penskaleran/profilaksis dan higin mulut
  • Rawatan restorasi (tampalan dan korona mudah)
  • Cabutan gigi
  • Pembuatan gigi palsu
  • Rawatan dan nasihat pencegahan
  • Pemeriksaan susulan secara berkala
 

Pesakit yang sukar untuk memberi kerjasama bagi menerima rawatan pergigian akibat ketidakupayaan intelektual mereka, mungkin memerlukan pengubahsuaian teknik rawatan dan mungkin akan dirujuk ke hospital lain untuk mendapatkan rawatan pergigian komprehensif di bawah sedasi atau bius umum.

 

MISI UNIT PERGIGIAN PENJAGAAN KHAS

1. Bekerja secara berpasukan dari pelbagai aspek kesihatan pelanggan

2. Meningkatkan kualiti hidup golongan berkeperluan khas dengan cara:

  • Mengenal pasti potensi pesakit dalam penjagaan kesihatan pergigian
  • Menghargai kesihatan pergigian sebagai aset yang berharga
  • Menggalakkan rasa tanggungjawab secara individu dan mengambil langkah positif terhadap penjagaan kesihatan pergigian

 

3. Memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan dari aspek:

  • Perkhidmatan yang sama rata dan berlandaskan keperluan individu
  • Kemampuan pelanggan
  • Keberkesanan perkhidmatan yang diberikan
  • Teknologi yang bersesuaian
  • Persekitaran yang menyenangkan dan sesuai dengan keperluan pelanggan
  • Memberikan keutamaan kepada pelanggan
  • Inovatif

 

4. Memberi penekanan terhadap:

  • Tahap professional, penyayang dan menghargai budaya kerja berpasukan
  • Menghormati maruah dan hak peribadi pelanggan
  • Penglibatan komuniti dalam penjagaan kesihatan pergigian

 

AKTIVITI YANG DIJALANKAN:

Penerbitan risalah untuk pesakit di Hospital Rehabilitasi Cheras.

gigi2aktiviti
PENERBITAN RISALAH

CALL-GIGI