UNIT BEKALAN BAHAN STERIL (CSSU)
PENGENALAN
Unit Bekalan Bahan Steril (CSSU), Hospital Rehabilitasi Cheras merupakan perkhidmatan sokongan klinikal yang sama penting seperti unit lain yang memberikan perkhidmatan secara tidak langsung melalui perkhidmatan pembekalan bahan steril kepada pesakit. Unit ini terletak di bahagian lower ground bangunan utama. Mula beroperasi pada 5hb Julai 2012.
Unit CSSU adalah perkhidmatan bersepadu di hospital yang menjalankan pensterilan pada peralatan perubatan(surgical Instrument). Unit ini memastikan pengurusan perkhidmatan dekontiminasi, pembungkusan, pensterilan, penyimpanan dan pengedaran produk steril. Unit CSSU beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pada 7.30 pagi hingga 4.30 petang pada waktu pejabat serta tugas atas panggilan secara pasif selepas waktu pejabat dan hari kelepasan.
Unit CSSU juga dikenali sebagai
JANTUNG HOSPITAL
LOKASI
Unit ini terletak di Bangunan Utama Hospital Rehabilitasi Cheras di Lower Ground bersebelahan dengan Unit Sajian.
SKOP PERKHIDMATAN CSSU
SKOP PERKHIDMATAN SISTEM KAUNTER
- Sistem Kaunter merangkumi penerimaan surgical instrument yang perlu di proses semula samada yang telah digunakan atau pun yang belum digunakan (pembekalan produk steril bermula dari diterima sehingga produk steril)

