Search
Search

PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL (CRC)

PENGENALAN

Pusat Penyelidikan Klinikal [Clinical Research Centre (CRC)] ditubuhkan pada tahun 2016 dan merupakan salah satu cawangan di bawah Institut Penyelidikan Klinikal [Institute of Clinical Research (ICR)] yang terdiri daripada 36 rangkaian CRC diseluruh Malaysia.

Kami giat membantu para penyelidik dalam pelbagai hal berkaitan penyelidikan klinikal, yang bertumpu kepada perubatan rehabilitasi. Ini termasuk latihan, Penyelidikan inisiatif Penyelidik (IIR) dan Penyelidikan Tajaan Industri (ISR).

FUNGSI PUSAT PENYELIDIKAN KLINIKAL (CRC) HOSPITAL

 1. PENYELIDIKAN

Menjalankan Penyelidikan Inisiatif Penyelidik (IIR) dan Penyelidikan Tajaan Industri (ISR) di Hospital Rehabilitasi Cheras dengan mengikut prosedur yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. PERUNDINGAN

Menyediakan perkhidmatan konsultasi (Research Consultation Clinic RCC) berikut:

  • Brainstorming
  • Penyediaan Protokol
  • Pendaftaran NMRR
  • Literature search
  • Konsultasi Statistik
  • Penulisan Manuskrip
  • Permohonan Penerbitan / Pembentangan

 

3. LATIHAN

Merancang, Menyelaras dan melaksanakan latihan-latihan berkenaan penyelidikan di Hospital Rehabilitasi Cheras seperti kursus dan bengkel sepanjang tahun.

4. PENGURUSAN & PENTADBIRAN

Merancang, melaksanakan dan memantau aktiviti penyelidikan klinikal di Hospital Rehabilitasi Cheras serta mengawasi pelaksanaan pengajian penyelidikan antara pihak kerajaan, korporat dan sektor swasta.

RESEARCH CONSULTATION CLINIC (RCC)

Kami menyediakan khidmat RCC pada setiap hari dari jam 9.00 pg – 4.00ptg (Kecuali hari cuti umum) secara maya atau bersemuka. Untuk melakukan temujanji, penyelidik perlu mengisi borang Research Consultation Clinic Appointment Form melalui pautan ini atau 

Scan QR CODE di bawah:

Maklumbalas akan dihantar melalui email dalam masa 48 jam untuk pengesahan temujanji. Penyelidik dinasihatkan untuk membawa dokumen- dokumen berkaitan serta  laptop peribadi. Khidmat WiFi turut disediakan.

Video penerangan prosedur penyelidikan : Sila Klik 

PENDAFTARAN PENYELIDIKAN

  • Semua penyelidikan yang dijalankan di fasiliti KKM atau menggunakan data/ pesakit/ kakitangan daripada KKM perlu berdaftar dengan National Medical Research Register (NMRR)
  • Penyelidikan yang melibatkan subjek manusia (termasuk rekod perubatan) yang dijalankan di KKM wajib mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Etika & Penyelidikan Perubatan (MREC) sebelum proses pengumpulan data.
crc-call2
crc-call2