PROGRAM REHABILITASI KARDIO-PULMONARI (CPRP)
PENGENALAN
Kini penyakit kardiovaskular dan pulmonari kronik menjadi masalah kesihatan global yang saban hari semakin menular di dalam masyarakat. Berdasarkan data oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia pada tahun 2008 dianggarkan seramai 17.3 juta kematian di seluruh dunia disebabkan oleh penyakit kardiovaskular. Manakala bagi pesakit pulmonari kronik pula menjadi endemik di Malaysia sejak beberapa tahun ini. Pertubuhan Kesihatan Sedunia juga mencadangkan pendekatan strategik iaitu Rehabilitasi 2030 bagi memperkasakan perkhidmatan rehabilitasi dalam sistem kesihatan sedunia bagi membantu pesakit pulmonari kronik yang semakin bertambah.
Menyedari akan keperluan ini selari dengan polisi Kementerian Kesihatan Malaysia dan saranan daripada Penubuhan Kesihatan Sedunia, maka Unit Pemulihan Kardio Pulmonari Hospital Rehabilitasi Cheras telah diberikan tanggungjawab untuk merangka program rehabilitasi khusus untuk para pesakit bagi membantu mengurangkan simptom yang dialami seterusnya meningkatkan kualiti hidup pesakit masalah kardiovaskular dan juga pulmonari kronik.
Bermula November 2020 Program Pemulihan Jantung (CRP) berpindah ke unit sendiri iaitu di aras satu bersebelahan dengan Ruang Terapi Gunasama. Program ini mengekalkan aktiviti yang sama untuk pesakit luar dengan masalah kardiovaskular sebagai program rawatan harian. Bagi pesakit pulmonari kronik pula program PRP telah dimulakan pada September 2021 sebagai pesakit luar serta menerima rujukan dari hospital dan fasiliti kesihatan yang lain.
KENAPA MEMILIH KAMI?
- Pegawai mempunyai pengkhususan / credentialing & terlatih dalam bidang pemulihan rehabilitasi
- Mempunyai pasukan multi disiplin yang bekerjasama menyediakan perkhidmatan rehabilitasi yang efektif.
SIAPA PATUT SERTAI?
- PESAKIT KARDIO
- Selepas serangan jantung
- Penyakit Saluran Darah Jantung (Coronary Artery Disease)
- Penyakit lemah jantung (Heart Failure)
- Selepas pembedahan jantung (CABG)
- Angioplasty
- Penggantian injap jantung (Valve Replacement)
- PESAKIT PULMONARI
- Selepas jangkitan Covid-19
- Penyakit Obstruktif Pulmonari Kronik (COPD)
- Bronchiol Asthma
- Selepas pembedahan Pulmonari (Labectomy, Lung transplant)
- Tubercolosis
- Fibrosis Paru-paru (Lung Fibrosis)
MANFAAT MENYERTAI
PERLAKSANAAN PROGRAM
FASA 2 – PESAKIT LUAR
- Penilaian awal
- Program berjadual selama 6 minggu ke 8 minggu
- Aktiviti pergerakan untuk kefungsian
FASA 3 – PEMELIHARAAN DAN PEMANTAUAN
Penilaian susulan pertama 3 mnggu dari tarikh graduasi
- Penilaian susulan kedua 3 bulan dari tarikh graduasi
- Penilaian susulan ketiga 6 bulan selepas penilaian kedua
- Penilaian susulan keempat adalah pemantauan sendiri sepanjang hayat
JADUAL PROGRAM CPRP

