Search
Search

CAJ WAD DAN RAWATAN

Maklumat pembayaran di bawah ini adalah penting untuk anda mengetahui implikasi kewangan sebelum anda dimasukkan ke wad dan menerima rawatan.

Terdapat dua jenis bilik yang terdapat di setiap wad, iaitu Bilik Kelas Satu (bilik seorang atau berdua) dan Bilik Kelas Tiga.

Bayaran yang dikenakan adalah berpandukan kepada pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Bayaran tersebut adalah seperti berikut:

Deposit Wad

Kelas 1

Kelas 3

Warganegara

RM1,050.00

RM20.00

Bukan Warganegara

RM11,000.00

RM1,400.00

Jadual 1: Deposit kemasukan Wad

Caj Wad

Kelas 1

(bilik seorang)

Kelas 1

(bilik berdua)

Kelas 3

Warganegara

RM120.00

RM90.00

RM3.00

Bukan Warganegara

RM320.00

RM240.00

RM160.00

Bukan Warganegara : caj rawatan tambahan RM100.00 bagi setiap kelas.

Jadual 2: Caj Wad

Caj Rawatan Pesakit Dalam (Wad)

Kelas 1

Kelas 3

Warganegara

RM15.00

Percuma

Bukan Warganegara

RM100.00

RM100.00

Jadual 3: Caj Rawatan

Nota: Pihak hospital akan mengutip bayaran deposit penuh sebelum pesakit dimasukkan ke wad.


CAJ PESAKIT LUAR KLINIK PAKAR

Caj Rujukan Kali Pertama :

Caj Rujukan Kali Pertama

Rujukan daripada klinik atau hospital kerajaan

Rujukan daripada klinik atau hospital swasta

Warganegara

Percuma

RM30.00

Bukan Warganegara

RM120.00 (tidak termasuk siasatan)

Jadual 4: Caj Rujukan Kali Pertama


Caj Pendaftaran Klinik Pakar :

Kategori Pesakit

Caj Bagi Satu Lawatan (Temujanji)

Warganegara 

RM5.00 (termasuk siasatan)

Bukan Warganegara

RM120.00 (tidak termasuk siasatan)

Jadual 5: Caj Pendaftaran Klinik Pakar


Sebarang penyiasatan (contoh: ujian darah, x-ray dan sebagainya) atau peralatan perubatan iaitu medical equipment (contoh: orthosis, prosthesis dan sebagainya) akan dikenakan bayaran yang berasingan berpandukan Akta Fi (Perubatan) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Untuk pesakit ditanggung majikan, sila bawa Surat Jaminan (Guarantee Letter) yang sah daripada majikan sebelum anda dimasukkan ke wad atau apabila anda menghadiri sebarang temujanji. Jika gagal mengemukakan surat pengesahan/jaminan dalam tempoh yang ditetapkan, caj awam akan dikenakan semasa discaj.

Nota: Sila bawa bersama dokumen di bawah ini untuk pengesahan kami (jika ada):

  • Kad OKU
  • Kad Pesara
  • Surat Sekolah


Bagaimana untuk membuat bayaran?

Bayaran bil hospital boleh dibuat pada waktu pejabat, hari bekerja biasa. Pesakit atau waris pesakit diingatkan supaya menjelaskan bayaran bil hospital sebelum meninggalkan hospital.
Kaedah bayaran :

  • Kad debit(ATM)
  • Kad kredit
  • *Tunai (jika berkenaan)
  • Cek syarikat (bagi agensi yang berdaftar dengan KKM) hendaklah dibuat atas nama “Pengarah Hospital Rehabilitasi Cheras

     

Untuk kemudahan anda, kami menerima bayaran dalam bentuk tanpa tunai (cashless) bermula pada 1 Oktober 2022. Cek peribadi adalah tidak diterima.

Sila hubungi Unit Hasil, Hospital Rehabilitasi Cheras bagi mendapatkan maklumat lanjut jika anda mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan dengan pembayaran.