UNIT PENYELIAAN ASRAMA JURURAWAT

PENGENALAN
Unit Penyeliaan Asrama Jururawat Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) menyediakan penginapan menyeluruh untuk jawatan Jururawat Terlatih HRC yang masih bujang dan belum mempunyai tempat tinggal. Asrama Jururawat juga menerima para perserta kursus dan pelajar-pelajar dari Kolej Kementerian Kesihatan Malaysia yang menjalani latihan di HRC. Unit Penyeliaan Asrama Jururawat mula beroperasi dari Tahun 2012 dan mempunyai 4 aras. Setiap penghuni yang tinggal di Asrama Jururawat adalah bersifat sementara sebelum penghuni mendapat tempat tinggal di luar HRC. Ini bagi meringankan beban kepada Jururawat yang baru melapor diri untuk bertugas di HRC.
Penghuni Asrama Jururawat tertakluk kepada peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan HRC mengikut garis panduan dan pekeliling yang telah ditetapkan. Penyelia Asrama perlu memastikan keselamatan para penghuni terjamin dan memantau disiplin semasa menduduki Asrama Jururawat. Unit ini juga bertanggungjawab terhadap semua peralatan sedia ada dan menyelia keseluruhan persekitaran bangunan asrama.
KAKITANGAN UNIT PENYELIAAN ASRAMA JURURAWAT

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :
