Search
Search

UNIT REHABILITASI ACQUIRED BRAIN INJURY (ABI)

PENGENALAN

Unit Rehabilitasi Acquired Brain injury (ABI) telah mula beroperasi semenjak 2013. Unit ini memberi perkhidmatan perubatan rehabilitasi kepada pesakit yang mengalami masalah keupayaan kefungsian disebabkan oleh kecederaan otak seperti trauma dan bukan trauma termasuk jangkitan kuman, tumor, strok pendarahan, hypoxia dan lain-lain.

Matlamat utama unit ini adalah untuk membantu pesakit mencapai tahap kefungsian diri maksima disamping meningkatkan secara keseluruhan kualiti hidup pesakit. Oleh itu, unit ini menyediakan perawatan rehabilitasi yang komprehensif dengan fokus untuk mengembalikan tahap keupayaan fizikal, kognitif, sosial, psikologi dan vokasional pesakit.

Unit ABI komited dalam memberi perkhidmatan rehabilitasi yang terbaik dengan menawarkan perawatan yang berkonsepkan interdisiplinari yang terdiri daripada Pakar Perubatan Rehabilitasi, Pegawai Perubatan, Pegawai Pemulihan Anggota, Pegawai Pemulihan Carakerja, Pegawai Pemulihan Audiologi, Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan), Klinikal Psikologi, Jururawat Terlatih dan kumpulan sokongan klinikal yang lain. 

 

PERKHIDMATAN RAWATAN REHABILITASI YANG DITAWARKAN :

PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR

  • Klinik Pakar Rehabilitasi Acquired Brain Injury (ABI),
  • Klinik Pakar Rehabilitasi Vestibular

PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM

  • Wad 2B
 

Unit Rehabilitasi ABI juga menawarkan perawatan khas seperti berikut:-

1. Penilaian & rawatan Psikiatri Liaison

2. Penilaian & rawatan Neuro-opthalmology

3. Pembekalan Orthotik dan serial casting

4. Rawatan Spasticity – Injeksi Botulinum toxin type A

5. Penilaian Masalah Penelanan – Flexible Endoscopic Evaluation of Swallowing (FEES)

6. Program Kembali Bekerja (Return to Work)

7. Program Penilaian Pemanduan (Return to Drive)

8. Perubatan Rehabilitasi Vestibular (Vestibular Rehabilitation) –inpatient and outpatient services

AKTIVITI UNIT REHABILITASI ACQUIRED BRAIN INJURY (ABI)

Kiri: Perjumpaan secara berkala Acquired Brain Injury Special Interest Group (ABI-SIG) Malaysian Association of Rehab Physician (MARP) untuk bertukar pendapat dan menimba ilmu. Kanan: Sesi hands-on semasa Kursus Rehabilitasi ABI: Managing Challenging Behaviour after Brain Injury
Kiri : Sesi Solat berjemaah da bacaan Yassin. Kanan : Sesi Latihan Secara Berkumpulan
Sesi muzik terapi di wad 2B oleh tenaga pengajar dan pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM)