Search
Search

UNIT REHABILITASI PEDIATRIK

PENGENALAN

Perkhidmatan Rehabilitasi Pediatrik mula beroperasi pada Januari 2013. Perkhidmatan yang disediakan adalah merangkumi perawatan rehabilitasi pesakit dalam ( Wad 1A Pediatrik & Wad 2A ) dan perawatan rehabilitasi pesakit luar (Klinik Pakar Pediatrik). Hospital Rehabilitasi Cheras merupakan satu-satunya hospital di Malaysia yang memberikan perawatan rehabilitasi pediatrik pesakit dalam secara intensif dan menjadi pusat rujukan bagi kes rehabilitasi pediatrik dari seluruh Malaysia.

Unit Rehabilitasi Pediatrik HRC diterajui oleh Dr Chern Phei Ming, Pakar Perunding Perubatan Rehabilitasi bersama dua orang lagi pakar perubatan rehabilitasi, Dr Aiza Shafrina Othman dan Dr Chan Yean Koon serta beberapa orang pegawai perubatan.

Perkhidmatan rehabilitasi pediatrik HRC disediakan untuk kanak-kanak berlainan upaya dari usia bayi sehingga usia belia dan tidak tertumpu kepada Cerebral Palsy sahaja malahan pelbagai penyakit lain termasuklah penyakit genetik yang memerlukan rawatan rehabilitasi. Pelan rawatan rehabilitasi yang disediakan adalah bergantung kepada umur dan perkembangan kanak-kanak setelah berbincang dengan keluarga pesakit dan pandangan dari pelbagai pihak termasuklah Pakar Perunding Rehabilitasi, Jururawat, Jurupulih Fisioterapi, Juruterapi Carakerja, Pegawai Pertuturan,Pegawai Audiologi , Pegawai Dietetik, dan lain-lain.

Perkhidmatan pesakit luar/klinik pakar menawarkan perkhidmatan seperti Klinik Pakar Pediatrik, Klinik-klinik khas, Klinik kolaborasi dengan Unit Teknologi Rehabilitasi. Jadual perkhidmatan bagi klinik-klinik khas adalah seperti berikut :

Scoliosis Clinic : Hari Rabu minggu pertama dan keempat
Wheelchair & Seating Clinic : Hari Isnin minggu pertama setiap bulan
Spina Bifida Clinic : Hari Khamis minggu pertama setiap bulan
Amputee Clinic : Hari Rabu minggu pertama setiap 3 bulan
Paediatric Rehab-Orthopedic Combined Clinic  : Hari Rabu 2 bulan sekali
Adult Complex Care Clinic : Hari Rabu minggu ketiga setiap bulan
ITB Clinic : Hari Rabu minggu pertama setiap bulan

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

peads-7
peads-5
peads-8
pead-call
pead-call