UNIT PEROLEHAN, ASET DAN STOR
PENGENALAN
Unit Perolehan bertanggungjawab memastikan semua urusan berkaitan perolehan di Hospital Rehabilitasi Cheras dilaksanakan berdasarkan amalan tadbir urus baik (good governance practices) dengan mematuhi prinsip-prinsip perolehan seperti berikut :
- Akauntabiliti Awam – Urusan perolehan yang diamanahkan hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab dengan mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
- Diuruskan Secara Telus – Semua dasar, peraturan dan proses perolehan yang dilaksanakan hendaklah jelas, diketahui dan difahami umum serta mengikut dasar dan peraturan yang ditetapkan.
- Nilai Faedah Yang Terbaik – Pengurusan perolehan hendaklah memberi pulangan yang terbaik bagi setiap ringgit yang dibelanjakan.
- Saingan Terbuka – Proses perolehan hendaklah memberi peluang terbuka kepada semua pihak yang layak bersaing.
- Adil dan Saksama – Sesuatu perolehan itu hendaklah dipelawa, diproses dan dipertimbangkan dengan adil dan saksama berasaskan dasar dan peraturan yang ditetapkan.
