UNIT KEJURUTERAAN
PENGENALAN
Unit Kejuruteraan Operasi Hospital Rehabilitasi Cheras terdiri daripada kakitangan teknikal berkaitan disiplin kejuruteraan seperti Kejuruteraan Awam, Elektrik, Mekanikal dan Biomedikal. Ini adalah perlu dalam memberi khidmat nasihat teknikal bagi memenuhi enam (6) skop Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) yang diberi iaitu :-
a) Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS)
b) Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS)
c) Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Biomedical (BEMS)
e) Perkhidmatan Pengurusan Sisa Hospital (HWMS)
- Clinical Waste
- Other Schedule Waste
- Controlled Solid Waste
f) Perkhidmatan Pengurusan Pendobian dan Linen (LLS) serta
g) Perkhidmatan Pencucian (CLS)
Selain daripada itu, Unit Kejuruteraan juga memberikan khidmat nasihat dalam projek-projek pembangunan serta memantau setiap aspek teknikal berpandukan kepada pematuhan terhadap arahan kerja dan prosedur yang betul.
PIAGAM PELANGGAN
- Menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas sistem, pemasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan biomedical dari semasa ke semasa.
- Memberikan khidmat nasihat teknikal dan professional kepada Pengarah Kesihatan Negeri, Hospital bagi kerja kecil (minor work) kejuruteraan serta pembelian dan penggantian alat kelengkapan.
- Menyemak bil/invois untuk pengesahan bayaran dan penalti bagi kesalahan yang telah kontraktor penyelenggaraan lakukan sebulan sekali.
- Memantau joint inspection yang dilakukan 1 minggu sekali Engineering Plant Room.
- Menyediakan anggaran fi perubahan kerja (variation order) apabila perlu untuk khidmat sokongan hospital yang dilaksanakan oleh kontraktor penyelenggaraan.
FUNGSI UTAMA
Bertanggungjawab untuk memantau perlaksanaan penswastaan Perkhidmatan Sokongan Hospital (PSH) bagi enam (6) perkhidmatan :-
a) Perkhidmatan Pengurusan Fasiliti (FMS)
b) Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Fasiliti (FEMS)
c) Perkhidmatan Penyenggaraan Kejuruteraan Biomedical (BEMS)
d) Perkhidmatan Pengurusan Sisa Hospital (HWMS)
- Clinical Waste
- Other Schedule Waste
- Controlled Solid Waste
e) Perkhidmatan Pengurusan Pendobian dan Linen (LLS) serta
f) Perkhidmatan Pencucian (CLS)
agar ianya dilaksanakan mengikut kehendak dalam Perjanjian Kontrak Perkhidmatan Sokongan Hospital.
- Mengadakan mesyuarat Validation and Coordination Meeting (VCM) pada setiap bulan untuk membincangkan perkembangan atau isu berbangkit mengenai kelima-lima servis yang dilakukan oleh syarikat penyenggaraan.
- Mengadakan on-load test pada setiap bulan bagi menguji beban tunggu sedia sewaktu kecemasan.
- Menjalankan Joint Inspection kebersihan dan pemantauan di Engineering Plant Room (EPR) pada setiap bulan.
- Membuat spesifikasi dan memantau kepatuhan kerja-kerja kontraktor perihal projek- projek pembangunan kecil di HRC.
GAMBAR/AKTIVITI
