Search
Search

UNIT PERUBATAN KESIHATAN PEKERJAAN DAN PERSEKITARAN

PENGENALAN

Unit Perubatan Kesihatan Pekerjaan & Persekitaran (UPKPP) telah ditubuhkan pada 1 November 2023 dan diketuai oleh Dr. Fariza binti Dato’ Fadzil yang merupakan seorang Pakar Perubatan Kesihatan Awam. Unit ini dianggotai oleh Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat, Jururawat Masyarakat dan Pembantu Perubatan Kesihatan. UPKPP adalah merupakan gabungan 3 unit iaitu Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Unit Kesihatan Awam (UKA) dan Unit Pendidikan Kesihatan (UPK). Unit ini bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan yang komprehensif termasuk penjagaan perubatan dan pemulihan untuk meningkatkan status kesihatan kepada kakitangan, pencegahan, promosi kesihatan dan pendidikan kesihatan. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab mengendalikan aktiviti-aktiviti seperti Kawalan Vektor, Kawalan Penyakit, Kawalan Hasil Tembakau serta Keselamatan dan Kualiti Makanan di dapur hospital, kafeteria dan Hospimart. Antara klinik yang dikendalikan oleh UPKPP ialah:

  • Klinik Warga
  • Klinik Berhenti Merokok (KBM)
  • Klinik Kesihatan Pekerjaan (OHC).

MISI

Menyediakan perkhidmatan kesihatan dan alam sekitar pekerjaan yang berkualiti dan komprehensif di hospital melalui pelbagai pendidikan kesihatan, program pencegahan dan kawalan penyakit, kecederaan atau ketidakupayaan yang disebabkan oleh interaksi antara manusia, pekerjaan dan alam sekitar.

AKTIVITI- AKTIVITI UPKPP

1. KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJA

    • NADOPOD- Notification of Accident, Dangerous Occurrence, Poisoning & Occupational Disease.
    • Needle stick injury management
    • HIRARC –Hazard Identification, Risk Assessment and Risk Control
    • Audit – Safety, New Norm, Sharp, Work Environmental
    • Vaccination –Typhoid, Influenza, Hepatitis B
    • Surveillance– Ergonomic, Sharp, CDC
    • Kospen WOW
    • Saringan Kesihatan- NCD, Saringan Minda Sihat, Pre-Employment, Pre-Retirement
    • Saringan– Mantoux Test, HIV
    • Code Grey
    • Klinik Warga (Wellness Clinic)
    • Klinik Kesihatan Pekerjaan (OHC)
    •  

2. KESIHATAN AWAM

    • Aktiviti pencegahan & kawalan penyakit berjangkit
    • Aktiviti keselamatan & kualiti makanan di premis hospital
    • Aktiviti kawalan penyakit berjangkit bawaan vector
    • Aktiviti penguatkuasaan di bawah Akta Kesihatan Awam
    • Memastikan kawasan hospital bebas asap rokok
    • Outbreak Management – COVID-19, Cholera
    • Pengurusan Bencana
    • Communication for Behavioural Impact(COMBI)
    • Penguatkuasaan Akta 
      • Akta Makanan 1985
      • Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
      • Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975
      • Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Kawalan Tembakau 2004

3. PENDIDIKAN KESIHATAN

    • Promosi Kesihatan-Media Sosial, Book Doc, MedikTV, Forum Chitchat Kesihatan
    • Pendidikan Kesihatan
    • Sambutan Hari Khas Kesihatan – Hari Tanpa Tembakau, Nafas Baru Bermula Ramadhan, dan lain-lain
    • Program kecergasan – HRC Getting Fit, Megarobik, Aquarobik, Pertandingan Kecergasan
    • Klinik Berhenti Merokok

SARINGAN KESIHATAN KEPADA KAKITANGAN

PERKHIDMATAN KLINIK WARGA KEPADA KAKITANGAN

PEMERIKSAAN TASKA

PEMERIKSAAN DAPUR / KAFETERIA

PEMERIKSAAN DAN PEMUSNAHAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES

SARINGAN KESIHATAN DAN KECERGASAN HRC GETTING FIT

HRC GETTING FIT

ROADSHOW  PERKHIDMATAN KLINIK BERHENTI MEROKOK

PENDIDIKAN KESIHATAN KEPADA KAKITANGAN, ORANG AWAM DAN PESAKIT.

                              PERTANDINGAN KECERGASAN

PROGRAM KECERGASAN SEPERTI MEGAROBIK DAN AQUAROBIK