UNIT TERAPI PERTUTURAN
PENGENALAN
Perkhidmatan Terapi Pertuturan ditawarkan bermula pada tahun 2012 di bawah Jabatan Perubatan Rehabilitasi, bertujuan dijalankan oleh terapis bertauliah di dalam pengendalian kes-kes berkaitan kecelaruan bahasa dan pertuturan, masalah penelanan dan komunikasi kepada semua lapisan umur secara intensif.
PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
1. Penilaian dan intervensi bahasa dan pertuturan bagi dewasa dan kanak-kanak.
2. Penilaian dan intervensi penelanan dan feeding dikalangan pesakit dewasa dan kanak-kanak.
3. Penilaian dan intervensi masalah kecelaruan motor pertuturan atau motor speech disorder seperti disartria (dysarthria) dan apraksia (apraxia).
4. Penilaian dan intervensi menggunakan kaedah komunikasi augmentatif dan alternatif bagi individu yang mempunyai kecelaruan bahasa yang kompleks disebabkan pelbagai masalah berkaitan neurologi.
PERKHIDMATAN LAIN YANG DITAWARKAN
1. Perkhidmatan TR-SPEECH iaitu perkhidmatan terapi pertuturan atas talian khusus untuk pesakit yang menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras bermula tahun 2021. Pesakit dan keluarga boleh memilih untuk sesi terapi pertuturan secara bersemuka atau online mengikut kesesuaian masa dan kebolehan pesakit.
2. Penilaian dan pengendalian kes kecelaruan bahasa perolehan untuk pesakit dewasa dan kelewatan bahasa dan pertuturan pediatrik.
3. Penilaian Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (Augmentative and Alternative Communication).
4. Ujian Penelanan menggunakan Prosedur Flouroendoscopic Evaluation of Swallowing (FEES).
5. Ujian Videoflouroscopy of Swallowing Studies (VFSS).

