JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN
PENGENALAN
Jabatan Kerja Sosial Perubatan memberi perkhidmatan kerja sosial dalam perawatan pesakit yang lebih efektif dan berkesan. Terletak di Lobi Utama dan bersebelahan dengan Unit Dietetik, Hospital Rehabilitasi Cheras. Diterajui oleh dua (2) orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan Gred S44, seorang PKSP Gred S41, seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U11 dan seorang Pekerja Sambilan Harian (PSH).
SKOP PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar di Hospital Rehabilitasi Cheras.
Perkhidmatan ini merangkumi:-
1. PENGURUSAN BANTUAN PRAKTIK
- Bantuan Kewangan (peralatan/ ubatan / rawatan/ am).
- Penempatan Institusi.
- Mengesan Waris.
2. PENGURUSAN BANTUAN TERAPI SOKONGAN
- Khidmat Perundingan.
- Sokongan Emosi.
- Intervensi Krisis.
Sistem penyampaian Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan berdasarkan rujukan yang diterima daripada Pakar/Pegawai Perubatan di Hospital Rehabilitasi Cheras. Pesakit yang menerima perkhidmatan ini, terdiri daripada pesakit dalam dan pesakit luar. Dokumen rujukan perlu dikemukakan secara manual kepada Jabatan Kerja Sosial Perubatan.
4. PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM
Perkhidmatan di wad atau di Jabatan Kerja Sosial Perubatan mengikut keadaan dan keperluan pesakit.
5. PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR
Pesakit luar yang datang ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan akan diberi temujanji atau dilayan terus untuk mendapatkan perkhidmatan mengikut keperluan kes. Rujukan pesakit diterima dari semua klinik pakar di Hospital Rehabilitasi Cheras.
6. FASILITI DAN KELENGKAPAN
- Pesakit dalam menerima perkhidmatan di bilik yang disediakan atau di wad bergantung kepada keadaan pesakit.
- Pesakit luar menerima perkhidmatan di bilik pegawai/ runding cara Jabatan Kerja Sosial Perubatan.
