Jom sama-sama kita saksikan video ringkas ini. Video ini memberi maklumat tentang aktiviti rehabilitasi yang disediakan di Hospital Rehabilitasi Cheras.
Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perkhidmatan di Hospital Rehabilitasi Cheras?
1. Sediakan dokumen rujukan lengkap dari Pakar atau Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan/Swasta.
2. Hantar surat rujukan ke Klinik Pakar HRC yang berkenaan untuk mendapatkan tarikh temujanji atau muat naik dokumen rujukan untuk tempahan temujanji secara dalam talian melalui pautan ini (Sila Klik)
3. Hadir ke HRC untuk pemeriksaan dan penilaian.
4. Pesakit akan dinilai oleh Pakar Perubatan di Klinik Pakar Rehabilitasi dahulu sebelum dirujuk ke Unit-Unit Pemulihan yg berkaitan.
![]()





