Aduan dan Maklumbalas Peta Laman
Image

Apa Itu AKRAB?

AKRAB adalah akronim kepada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai pembimbing rakan sekerja. AKRAB mula diperkenalkan melalui satu pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JPA melalui pekeliling bil:18/2005. Sejak dari tahun 2005 beberapa agensi kerajaan serta badan berkanun telah menubuhkan unit AKRAB di organisasi masing-masing, tidak terkecuali di JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P) sendiri. Sejak AKRAB diperkenalkan di JKWPKL&P beberapa aktiviti telah dilaksanakan, antaranya mengadakan lawatan dan mengadakan sesi bimbingan samada secara individu mahupun kelompak. Pada peringkat awal hanya kakitangan yang dirujuk pihak pengurusan sumber manusia sahaja yang diberi keutamaan.

Image
Image
Objektif

Objektif

Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.
Prinsip

Prinsip

Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.

Fungsi

Fungsi

Membantu mengembang dan mengukuhkan budaya kerja cemerlang;
◽ Mengukuhkan nilai kendiri;
◽ Mewujudkan suasana dan persekitaran kerja harmoni;
◽ Mewujudkan perkongsian pengetahuan, maklumat dan masalah;
◽ Mewujudkan kaedah penyelesaian masalah secara dalaman;
◽ Mewujudkan kesepakatan di kalangan rakan sejawat; dan
◽ Mewujudkan kelompok sokongan kepada pegawai yang memerlukan bantuan

Visi

Visi

Menjadikan AKRAB Penggerak Pembangunan Modal Insan Dalam Pengurusan Sumber Manusia.

Misi

Misi

◽ Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi;
◽ Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan dalam kehidupan;
◽ Berperanan sebagai perantaraan antara pegawai dengan kaunselor dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
◽ Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti AKRAB.

"Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain"

Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkahlaku, perhubungan, kreativiti dan nilai diri.

FALSAFAH AKRAB

Image

Program AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan berteraskan asas kaunseling dan kemahiran membimbing dengan perkongsian input pengetahuan serta nilai-nilai murni yang ada pada diri ahli AKRAB. Konsep AKRAB membantu rakan diwujudkan bagi menyediakan medium perantaraan antara rakan sekerja dengan pihak pengurusan sesebuah jabatan. Selain itu membolehkan pegawai berkongsi idea, tempat meluahkan perasaan, memupuk semangat berpasukan dan mendapatkan bimbingan sokongan daripada ahli-ahli AKRAB.

AKRAB Care sebagai satu sistem support group kepada kelompok rakan sekerja yang telah menjalani program intervensi (pemulihan) modul PSYNOVA BMT - melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 Tahun 2015 Perlaksanaan Dasar Pemisah Exit Policy bagi pegawai yang berprestasi rendah dalam perkhidmatan awam.Tujuan perlaksanaan AKRAB CARE  adalah berasaskan pendekatan psikologi dan kaunseling sesuai dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan transformasi perkhidmatan awam secara komprehensif. Program ini juga merupakan sumbangan ahli-ahli AKRAB kepada dasar-dasar kerajaan.

Peranan ahli AKRAB ialah untuk membantu mewujudkan pengurusan modal insan lebih humanistik. Antara peranan lain rakan sekerja ialah:

a. Berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan

b. Memberi sokongan kepada perubahan

c. Menjadi agen transformasi perkhidmatan awam

d. Memberi motivasi untuk mengekalkan perubahan

e. Menjadi pembimbing kehidupan berkerjaya

f. Menggalakkan budaya kerja berpasukan

g. Menerapkan nilai-nilai kesukarelaan dan empati

Peranan yang boleh dilakukan sebagai ahli AKRAB untuk membantu orang lain adalah seperti berikut:

  • Pemudahcara dalam situasi terbuka dan empati;
  • Terima rakan tanpa syarat;
  • Membantu rakan melihat beberapa alternatif bagi membuat keputusan;
  • Sokongan kepada rakan untuk mengambil langkah positif;
  • Mematuhi kerahsiaan;
  • Menyedari bukan semua masalah boleh diatasi;
  • Berbincang masalah harian yang biasa;
  • Merujuk kes-kes berat kepada pegawai psikologi; dan
  • Sayangi diri dan memahami batas diri dalam membantu rakan.

Ahli-ahli AKRAB perlulah mengamalkan tingkah laku baik yang boleh dicontohi dan sentiasa menjaga tahap integriti yang tinggi. Walau bagaimanapun disarankan ahli-ahli AKRAB tidak melakukan perkara-perkara seperti dibawah;

  • Mendesak rakan tentang apa yang harus mereka  lakukan;
  • Memberi keputusan dan memberikan jalan penyelesaian masalah tanpa melalui sesi bimbingan;
  • Menceritakan keburukan rakan kepada orang lain;
  • Berbincang dengan rakan yang mengalami masalah emosi yang mendalam; dan;
  • Mengendalikan masalah yang terlalu rumit sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.
Image

JABATAN KESIHATAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR & PUTRAJAYA (JKWPKL&P)
Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur
Telefon : 03-22687333
Laman Web : jknkl[dot]moh[dot]gov[dot]my

PAPARAN TERBAIK

Paparan terbaik menggunakan pelayar web Google Chrome, Microsoft Edge, Firefox versi terkini. 
Resolusi terbaik  1920 x 1080px untuk Desktop @ Laptop dengan zoom view 100%

MOBILE WEB

Image
STATISTIK PELAWAT

Hari ini 556

Semalam 934

Minggu Ini 5,783

Bulan Ini 12,499

Keseluruhan 529,546